Banyak orang tahu tentang kesan rokok ke atas jantung dan
paru-paru.Walau bagaimanapun, apa yang mereka mungkin tidak tahu ialah
menghisap rokok juga boleh menjejaskan hati. Toksin yang dijumpai dalam
tembakau rokok membawa kepada keradangan kronik dan ‚parut‘ di dalam
hati, yang seterusnya meningkatkan risiko untuk penyakit hati termasuk
penyakit seperti Hepatitis B dan C, kanser hati dan ‚cystic liver‘.
Selain itu, merokok juga memberi kesan kepada cara bagaimana hati kita
memproses alkohol dan ubat-ubatan, yang mungkin menyebabkan peningkatan
risiko ketagihan arak serta ubatan secara amnya dan tahap toleransi
individu tertentu terhadap alkohol.
Bayangkan hati anda sebagai penapis semulajadi dalam badan anda. Ia bertanggungjawab untuk mencegah toksin yang berbahaya daripada memasuki aliran darah. Di samping itu, hati anda membantu badan me-metabolisma (memproses) gula dan karbohidrat, dan mengawal aliran hempedu, bahan yang membantu dalam proses penghadaman makanan. Manusia tidak boleh hidup tanpa hati. Apabila proses semulajadi terganggu, sistem daya tahan badan menjadi lemah dan menjadi lebih mudah terdedah kepada penyakit dan jangkitan. N-Nitrosodiethylamine merupakan salah satu daripada banyak bahan kimia yang terdapat di dalam rokok, yang boleh menyebabkan tumor di hati. Satu lagi kimia, N-Nitrosopyrrolidine, terbukti menyumbang kepada kanser hati. Arsenik, satu lagi bahan yang terdapat dalam asap yang anda sedut, juga dikenali untuk meningkatkan risiko seseorang mendapat kanser hati.
Mengapa Anda Ketagihan Nikotin
Apa yang cukup pelik ialah, hati anda juga bertanggungjawab untuk menyebabkan ketagihan nikotin akibat merokok. Apabila anda menyedut asap rokok yang mengandungi toksin, hati anda menghasilkan enzim yang membantu badan anda untuk menyah-toksin (membuang toksin) tersebut melalui air kencing. Terdapat satu enzim yang secara khusus bertanggungjawab untuk menghapuskan nikotin dalam darah. Oleh sebab hati anda menghasilkan lebih banyak enzim ini sewaktu anda menghisap rokok, di sebalik rokok yang banyak dihisap itu, banyak juga nikotin yang dihapuskan daripada badan anda dengan lebih cepat. Ingat bahawa nikotin adalah bahan yang paling penting yang menyebabkan ketagihan yang terdapat dalam asap. Ia bertanggungjawab terhadap ketagihan kebanyakan perokok. Dengan setiap rokok yang anda sedut, badan anda menghasilkan lebih enzim ini dan nikotin meninggalkan badan dengan lebih cepat. Diulangi, ini bermakna bahawa, lebih banyak anda merokok, lebih banyak enzim dihasilkan dan nikotin meninggalkan badan anda dengan lebih cepat.
Walaupun perkara ini seolah-olah memberi manfaat kepada kesihatan
badan, ia sebenarnya menyumbang kepada ketagihan yang lebih ketara -
kerana nikotin yang meninggalkan badan begitu cepat menyebabkan badan
anda memerlukan lebih lagi rokok, yang menyebabkan lebih banyak asap
dihisap, dan lebih banyak lagi toksin lain yang merbahaya (selain
nikotin) yang masuk ke dalam darah, seterusnya menyebabkan kanser,
kerosakan hati dan lain lain. Mujur, kajian menunjukkan bahawa dengan
berhenti merokok, secara drastik mengurangkan risiko kesihatan. Selepas
15 tahun berhenti merokok, badan anda akan berada dalam keadaan yang
sama seperti individu yang tidak pernah merokok. Jadi jika anda telah
lama merokok untuk jangka masa yang panjang, ini mungkin masanya untuk
berhenti merokok ... sebelum terlambat.
http://restinpeaceroo.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan