Rabu, 24 Jun 2015

♥ Idola Sebenar Kita ♥

“Sesungguhnya pada Rasulullah ikutan yang terbaik bagi kamu. Iaitu bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan kedatangan Hari Kemudian, serta ia bannyak mengingati Allah”.

Muhammad Rasulullah, satu nama yang belum pernah dimiliki orang Arab sebelumnya. Peribadi yang mengesankan. Dia diakui sesiapapun, termasuk yang memusuhinya. Baginda lahir dengan membawa beribu cahaya kedamaian, keberkahan dan keselamatan. Baginda tumbuh menjadi pemuda luarbiasa. Sifat-sifat terpuji sangat menonjol menghiasi diri Baginda. Baginda pernah tiga hari berturut-turut menunggu seseorang di persimpangan jalan iaitu Abdullah bin Abi al-Hinsa yang lupa janjinya dan bertemu dengan Muhammad pada hari keempat secara tidak sengaja. Ketika bertemu, Baginda berkata: “Saya telah berada di sini selama tiga hari menepati janji-janji saya”. Tiada ungkapan marah, apatah lagi tumbukan atau pukulan. Ya Rasullah, betapa ingin kami mengikutimu…Baginda pernah mengejar pembeli unta-untanya kerana menyadari bahawa seekor dari unta yang Baginda jual itu ada cacatnya. Kemudian baginda mengembalikan harga unta tersebut. Kini, adakah kita temui peniaga yang sejujur ini? Ketika Ka`abah dibaikpulih, persengketaan berlaku sehingga keputusan diambil siapa yang pertama memasuki Ka`abah keesokan harinya yang berhak menjadi hakim. Baginda orang pertama memasuki Ka`abah. Terselah kebijaksanaan baginda dan tersiarlah keadilannya. Kini, adakah hakim yang seadil ini? Ya Rasulullah, bimbingan Allah sentiasa menyertaimu…


Ketika ayat pertama turun, babak baru muncul dalam hidup Muhammad al-Amin. Pulangnya kerumah meminta diselimutkan penuh ketakutan. Khadijah isteri tersayang menenangkan, membelai dan memberi perangsang. Kini, bersedihkah kita menjadi isteri semulia Khadijah? Misi Ilahi dilaksanakan seiring dengan kemuliaan akhlak. Tidak pernah mengecewakan sesiapapun yang bertanya atau meminta. “Ya Rasulullah, aku ingin masuk Islam tetapi tidak mahu meninggalkan zina…”, “Ya, tetapi bagaimana sendainya ibumu, makcikmu, kakakmu, adikmu atau puterimu dilakukan demikian oleh orang lain?". Menangis orang itu penuh keinsafan terhadap kebodohannya.
Begitu juga dengan kisah seorang yang pernah menghantar hadiah sebanyak 70,000 dirham kepada Baginda. Serta-merta wang itu diletakkan di atas tikar dan dibahagi-bahagikan kepada fakir miskin sehingga habis. Tiba-tiba datang seorang lelaki meminta bahagiannya. Baginda berkata: “Sekarang daku tidak punya apa-apa lagi, tetapi berhutanglah atas namaku, nanti aku jelaskan bayarannya?"

Adakah kita mencontohi Baginda, pernah Anas berkata: “Sepuluh tahun aku bekerja bersama Rasulullah, tetapi tidak pernah Baginda marah apalagi mengherdik saya”. Baginda pernah diminta Abu Hurairah untuk melaknati orang kafir lalu jawab baginda: “Aku di utus melaknati manusia tetapi sebagai rahmat untuk seluruh manusia”. Pemerintah yang mampu memperbaiki masyarakat seluruhnya dalam jangka waktu 23 tahun. Panglima perang yang tak kurang dari 27 kali memimpin medan jihad secara langsung. Baginda berada di barisan paling hadapan mengobarkan semangat pasukan. Dimanakah pemimpin yang berhemah tinggi dan berani menanggung risiko bersama rakyatnya?“Ruhbaanun Billaili Wa Fursaanun Binnahar" (Mereka adalah `abid pada malam hari dan singa di siang hari) demikian pasukan Parsi memberi julukan kepada pasukan Baginda. “Mengapa engkau terus beribadat sampai kakimu bengkak, ya Rasulullah? Bukankah Allah telah menyediakan syurga buatmu? “Tidak bolehkah aku bersyukur, ya Aisyah?”
“Ya Rasulullah, tak mampu kami melukiskan keagunganmu"

Peribadi yang unik dan menyenangkan, yang pernah membuat seorang nenek menangis tersedu-sedu...“Di Syurga kelak tidak ada penghuninya yang tua”. Semata-mata Baginda ingin mengingatkan manusia bahawa semua manusia akan kembali muda pada alam akhirat. Kelembutan peribadi agung ini membuatkan Ali bin Abi Thalib mengatakan: “Baginda seorang dermawan, amat dipercayai dan berbudi tinggi. Bersahabat dengan Baginda sangat menyenangkan. Seseorang yang pertama kali melihatnya akan terpesona dan kagum. Setelah itu orang itu akan mencintai Rasulallah”. Selawat dan salam yang tak terhingga ke atas baginda...

Benarkah Rasulullah sebagai seorang yang kita mulia dan agungkan? Yang kita dakwa sebagai idola agung kita? Yang kita kasih dan cinta padanya? Seperti seorang lelaki yang datang menemui Nabi dan berkata: “Ya Rasulullah! Sesungguhnya engkau lebih aku cintai dari diriku sendiri dan dari ibu bapaku. Ketika aku berada di rumah, maka aku akan sentiasa mengingatimu dan akan tidak bersabar hingga aku dapat bertemu denganmu. Apabila aku mengingati kematianku dan kematianmu aku menyedari sesungguhnya engkau akan dimasukkan ke dalam syurga, tidak akan dapat melihatmu.

Apabila kata-kata ini diungkapkan Rasulullah diam seribu bahasa sehingga turun firman Allah: “Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul Nya maka mereka berada dikalangan mereka yang telah dikurniakan Allah nikmat iaitu para nabi, siddiqin, para syuhada’ dan para solihin. Itulah sebaik-baik teman”. (an-Nisa’ : 69) Ketika Baginda dihina, sunnahnya diperleceh diperendahkan. Sedangkan Baginda pernah bertanya pada para sahabat : “Beritahuku tentang makhluk yang mempunyai kedudukan tinggi dan mulia di sisi Allah? Jawapannya bukankah malaikat, bukan juga para Nabi malah juga bukan para syuhada’tetapi jawapannya: “Satu kaum yang datang selepas kamu dimana mereka beriman denganku walaupun mereka tidak pernah bertemu denganku dan mereka beriman dengan al-Qur’an. Mereka adalah makhluk Allah yang mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah. Mereka mempunyai iman yang kuat di sisi Allah pada Hari Kiamat.”

Pendusta atau pengkhianatkah kita sehingga kita melupakan jasa dan pengorbanan agung ini, sedangkan Baginda sentisa ternanti-nanti bertemu kita dengan ungkapannya: “Aku amat suka bertemu dengan saudara-saudaraku yang beriman denganku walaupun mereka tidak pernah melihatku”. Baginda yang begitu cinta kepada kita sehingga kalimah akhir dilafazkan sebelum baginda pergi bertemu Rabbnya “...ummati...ummati”

Dunia ini ibarat pentas lakonan...
Manusia itulah pelakon & pengarah utamanya...
Al-Quran & as-Sunnah itulah skripnya...
Malaikat itulah jurugambarnya...
Islam itu jalan ceritanya...
Qiamat itulah medan tayangannya...
Padang Mahsyar itulah tempat penganugerahannya...
Rasulullah S.A.W pelakon terbaiknya...
Allah sebagai juri hakimnya...
Syurga atau neraka itulah trofi hadiahnya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...