Selasa, 9 Jun 2015

Kita Tidak Pernah Matang Sebab Tidak Berani Mengakui Kesilapan


kesilapan dalam kehidupan
Kesilapan adalah pelajaran. Kita hanya perlu mengakuinya, bukan menafikannya.. * My Life , My Mistake by BlackJack0919
kadangkala, kita hilang arah..

Kita melakukan kesilapan. Kita menghabiskan masa pada benda yang salah. Kita terlalu mengejar kekayaan. Kita tidak menghiraukan batas dosa pahala, etika dan moral.

Kita jatuh terlalu dalam ke lembah yang curam, kita mengikut nafsu.

Kita menipu. Kita mencuri. Kita memperdayakan orang lain.




Kita sombong kepada rakan-rakan kita. Kita melihat kesalahan dan jenayah didepan mata tetapi kita hanya lebih memilih mendiamkan diri.

Kita rasa sudah menjadi orang yang baik tetapi masih hidup dengan cara yang tidak betul.

Baik kah kita kalau tidak solat? Tidak menjaga aurat? Selalu membuat dosa?

Pada saat ini anda bukan lagi layak untuk menjadi kawan kepada sahabat, teman kepada orang pasangan anda, anak yang ibubapa anda besarkan, contoh yang kita ingin jadi, dan ibu bapa kepada anak anda yang masih suci.

Anda tidak layak. Anda hanya hipokrit.
 

Orang yang matang berani mengakui kesilapan dan tidak takut untuk berubah

Perkara ini selalu terjadi kepada kita, walaupun kepada orang yang pada mata kita dia adalah yang terbaik.
Akui sahaja kita hanyalah manusia biasa. Kita melakukan kesilapan. Kita lemah.

Tetapi jangan kerana disebabkan oleh kita pernah hilang arah, ia tidak bermakna kita akan hilang selamanya.
Sebab pada akhirnya, bukan kegagalan yang akan menentukan kita, tetapi bagaimana kita berusaha untuk memperbaiki diri.
Kehidupan di dunia adalah tidak sempurna, tetapi cukup baik dan cantik aturannya.
Kebanyakkan daripada kita pasti pernah terpesong disebeberapa ketika dalam sepanjang kehidupan ini, tetapi apa yang benar-benar penting ialah pengajaran yang diperoleh akibat kesilapan itu.

Ia bukan mengenai apa dan seberapa besar kesilapan yang kita buat itu, tetapi bagaimana kita bangun kembali dan sedar akan kesilapan kita. Yang penting kita membuka hati untuk berubah.

Having the wrong priorities is bad enough, but realizing that and refusing to change is worse.

Melakukan kesilapan memang teruk, tapi apa yang lebih teruk lagi adalah tidak belajar daripada kesilapan itu.

Kunci untuk belajar dari kesilapan adalah dengan terlebih dahulu mengakui kesalahan kita dengan tanpa alasan, garu belakang kepala sedikit, dan buatlah perubahan yang perlu supaya kita dapat menjadi lebih matang jauh ke depan.

Sebab jika anda tidak boleh untuk mengakui kesilapan, anda tidak akan pernah matang.

Hanya orang yang matang sahaja akan tahu nilai sebuah kehidupan.
 aku islam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...