Khamis, 11 Jun 2015

Resepi -Kuih Talam Suji

Saya dapat resepi ni dari fb Azie Mazidah namanya. Satu yang istimewa pemilik resepi ni dia siap tulis dia izinkan sesiapa sahaja untuk ambik dan kongsi resepi yang ada dalam fbnya tanpa perlu minta izin dan kebenaran. Katanya lagi semua yang ada ilmu kepakaran kepandaian adalah datang dari Allah. Memang sekali try je resepi ni saya terus jatuh cinta dengan rasanya. Untuk resepi ni saya follow sebiji-sebiji bahan-bahannya so mmg takde derhaka resepi ye kecuali diulangi kecuali gulanya sebab saya tak suka manis.
 



Bahan bawah
1. 11/2 cawan tepung suji
2. 2 cawan santan pekat
3. 2 cawan santan cair - memandangkan saya ni malas nak perah santan saya beli santan dah siap so selalu saya buat sukatan 3 cawan santan 1 cawan air sbb santan yg kita beli siap fresh tu mmg pekat.
4. 3/4 cawan gula - saya letak 1/2 cawan je
5. garam skit
6. pewarna kuning

1. Kesemua bahan kita campurkan sekali dan dimasak atas api kecik hingga pekat.
2. Selepas itu masukkan ke dalam loyang dan ratakan kukus selama 20-30 minit.

Lapisan atas
4 cawan santan pekat
11/3 tepung gandum
2 sudu besar tepung kastard
1 cawan gula merah ataupun kalau suka warna gelap letak lebih
Gula pasir adjust ikut rasa manis selepas kita letak gula merah. Kalau gula merah sudah terasa manis gula pasir tak perlu.

1. Campur ke semua bahan dan bancuh sehingga bahan tidak berketul, Nak mudah masuk je dlm blender preeeeeetttt dah sebati tapis senang citer cepat keja.
2. Masak atas api sederhana hingga pekat
3. Kemudian tuang atas lapisan bawah tadi. Kukus selama 30 minit lagi.

Kalau kita tgk resepi ni adunan dimasak seketika di atas api terlebih dahulu barulah dikukus. Ini sebenarnya dapat membantu kuih talam kita untuk menjadi dengan lebih jayanya lagi he he..saya tgk ibu mertuaku pun kalau dia buat kuih talam dia akan buat cara ni. Sebab kalau kita tuang tepung yang siap dibancuh terus utk dikukus kadang-kadang tak jadi mungkin terlembek. Tapi kaedah masak dulu mmg confirm kuih kita jadi...cubalah.

Seperkara lagi mmg rasanya kita pun tau kalau kukus kuih talam penutup kukus mesti dibalut. Ini untuk mengelakkan air wap dari menitis ke atas kuih kita dan mencacatkan rupa permukaan kuih kita tu. Dan selalu sangat saya tengok kain peberet semua orang adalah kain napkin a.k.a lampin anak yang lama-lama. Ermm.. plz la saya rasa cam carilah kain lain. Mungkin sekarang baby tak byk sangat guna kain napkin tu sbb pakai pampers tp kain tu dah jadi kain mcm-mcm guna buat lap itu ini antaranya kalau tetiba baby muntah susu ataupun time dia selsema korang lap ngan apa he he.. Jadi tak payah la saya sambung lagi ayat ni kan klu tak faham jugak tak tau lah ha ha
http://yanimn.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...