Jika anda bakal berjalan jauh bersama anak yang masih kecil,
sudah tentu anda berharap semuanya berjalan dengan lancar. Cuba
bayangkan keadaan anak anda sedang menangis tidak selesa di dalam kapal
terbang. Bukan sahaja kapal terbang, keretapi malah di dalam kereta juga
boleh membuatkan anda stress. Tetapi semua ini boleh dikawal jika kita
membuat persiapan yang rapi. Tip lovebaby kali ini membantu anda untuk
lebih bersedia untuk perjalanan menaiki kapal terbang. Selebihnya
berserahlah kepada tuhan agar perjalanan anda lancar.
1. Peraturan
Pertama sekali pastikan anda mengetahui peraturan-peraturan yang
ditetapkan oleh syarikat penerbangan mengenai barangan yang boleh dibawa
menaiki kapal terbang atau di bawa masuk ke negara lain (jika anda
bercuti ke luar negara)
2. Bawa stroller
Bawa stroller supaya mudah untuk anda membawa anak anda di dalam
lapangan kapal terbang. Datang lebih awal supaya anda tidak terburu-buru
nanti.
3. Susukan bayi
Susukan bayi ketika kapal terbang mula naik dan sedang menurun bagi
mengelakkan sakit telinga akibat ketidakseimbangan tekanan di dalam
telinga bagi kanak-kanak pula berikan makanan seperti gula-gula.
4. Lampin bersih
Pastikan lampin di tukar sebelum berlepas bagi memberikan keselesaan pada bayi.
5. Yang terakhir naik
Walaupun mereka yang membawa anak kecil di beri keistimewaan untuk
naik terlebih dahulu, tetapi apabila anda sudah menaiki kapal terbang
tempatnya sempit dan memegang anak yang tidak boleh duduk diam adalah
sangat memenatkan. Jadi lebih baik jika anda menjadi orang yang terakhir
untuk naik.
6. Bassinet
Anda mungkin ingin memilih tempat duduk dengan ‘bassinet’. Walaupun
anda tidak menggunakannya, tetapi selalunya kawasannya adalah lebih
besar dan selesa.
7. Mudah keluar masuk
Pastikan anda duduk di tempat duduk yang memudahkan anda keluar masuk untuk ke tandas dan sebagainya.
8. Barang mainan
Bawa bersama barang yang boleh menarik minat anak anda seperti mainan
yang kecil. Tidak perlu bawa begitu banyak. Kadang kala majalah dan
tali pinggang keledar juga boleh menarik perhatian anak anda.
9. Makanan kegemaran
Jika anak anda seorang ‘picky eater’, jangan lupa bawa makanan kegemarannya.
10. Selimut tebal
Jangan lupa membawa selimut tebal lebih-lebih lagi jika perjalanan anda memakan masa yang lama.
11. Minta pertolongan
Jangan segan meminta bantuan krew kapal jika anda menghadapi sebarang kesulitan.
http://www.lovebaby.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan