Ahad, 7 Jun 2015

Gambar Selepas Gempa Bumi Di Sabah , Peringatan Dari Pencipta Alam



Penduduk Sabah pagi ini dikejutkan dengan gempa bumi dengan kekuatan 6.0 sekala richter yang berpusat di 6.1 utara, 116.6 timur, kira-kira 16 kilometer di barat daya Ranau pada jam 7.15 pagi tadi.


Gempa bumi yang dikesan di kedalaman 54 kilometer di bawah tanah itu dirasai di sekitar Ranau, Tambunan, kawasan pedalaman dan pantai barat termasuk Tuaran, Kota Kinabalu, Beaufort dan Kota Belud.


Akibat kejadian itu, beberapa premis perniagaan mengalami keretakan bangunan, cermin pecah dan barang-barang premis berterabur.


Manakala di Kota Kinabalu pula, penduduk di bangunan apartmen, serta kakitangan awam dan swasta di bangunan tinggi diarahkan mengosongkan bangunan serta merta.


Gegaran itu juga turut dirasai di seluruh kawasan pantai barat, utara dan pendalaman Sabah selain turut dirasai di bahagian Sandakan.


Lapor Berita Harian, Ranau dikenal pasti paling teruk terjejas dengan beberapa bangunan yang mengalami kerosakan berikutan keduduk yang paling hampir dengan pusat gempa.


Sementara itu di media sosial pula, netizen menganggap kejadian itu adalah balasan perbuatan beberapa pelancong asing yang berbogel di Gunung Kinabalu, baru-baru ini. - THEHYPEMEDIA.COM



















 
 .amazingify.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...