Jumaat, 5 Jun 2015

Resepi Puding Roti Marble Coklat

resepi simple.. kebetulan waktu tu ada lebihan roti putih 4 keping yang bakal menemui tarikh luputnya, husna pon buat jelaa.. saja nak test.. lama dah tak buat pudding.. :p
Resepi Puding Roti Marble..
Bahan-bahannya:

Puding Roti Marble 
 
 
 

-4 keping roti putih
-8g serbuk agar-agar
-1 cawan susu cair
-1/2 cawan susu pekat manis
-1/2 cawan gula
-2 biji telur
-2 c/b marjerin
-3 cawan air
-sedikit serbuk coklat Van Houten
Cara-caranya:
Puding Roti Marble
1.Didihkan 3 cawan air bersama setengah cawan gula dan 8g serbuk agar-agar..


Puding Roti Marble

2.Sementara menunggu, carik-carikkan roti putih, blend bersama 1/2 cawan susu pekat manis, 1 cawan susu cair, 2 biji telur, dan sedikit air kalau perlu.. Usai blend, masukkan ke dalam periuk tadi.. Kacau sebati.. Masukkan jugak marjerin..


Puding Roti Marble

3.Elok masak bahagikan adunan kepada 2 bahagian untuk kita marble.. Satu warna coklat dan satu lagi warna plain.. di ingatkan jika menggunakan serbuk coklat, pastikan larut dahulu bersama sedikit air supaya nanti coklat tak berketul.. selang-selikan adunan untuk membentuk marble.. Sejukkan dalam peti..


Puding Roti Marble

4.Dah sejuk boleh makan!! ^_^V
 http://husnazahidi.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...