Selasa, 16 Jun 2015

Kisah penjenayah terkenal yang difilemkan!


Sejak beberapa tahun ini industri perfileman dilihat banyak menghasilkan filem-filem yang diadaptasi samada daripada novel, buku sehinggalah sejarah ke layar perak.

Walaubagaimanapun, terdapat juga penerbit-penerbit filem yang berminat untuk membikin filem-filem berkisarkan kehidupan penjenayah terkenal dan filem-filem seperti ini mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan.





Oleh itu, kali ini TUPAI ingin menyenaraikan beberapa filem yang diangkat daripada kisah sebenar penjenayah terkenal sepanjang zaman.

The Wolf of The Wall Street

Sumber foto: thewolfofwallstreet.com
Filem pecah panggung yang dibintangi Leonardo DiCaprio ini memaparkan tentang kehidupan seorang broker saham bernama Jordan Belfort yang hidup dalam kemewahan, suka berparti dan melakukan pelbagai jenayah kolar putih seperti penipuan saham, penggubahan wang haram, merasuah dan banyak lagi. Bagaimana seperti pepatah 'sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga' dan itulah yang berlaku kepada Jordan apabila dia ditangkap dan dipenjara selama 22 bulan.


American Gangster
Sumber foto: thegate.ca
Filem yang dibintangi pelakon hebat Denzel Washington sebagai ketua sindiket dadah heroin terbesar di Amerika Syarikat. Dalam filem ini memaparkan bagaimana Frank Lucas yang pada mula hanya orang kanan seorang gangster membina empayarnya sendiri dengan menyeludup dadah daripada Vietnam ke Amerika Syarikat dalam keranda mayat askar-askar AS yang maut di medan perang Vietnam ketika itu dengan merasuah pegawai-pegawai askar AS. Frank bagaimanapun telah ditangkap dan telah dijatuhi hukuman penjara selama 71 tahun, namun hanya menjalani hukuman selama 15 tahun selepas dia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa mendedahkan identiti pegawai-pegawai penguatkuasa dan kerajaan yang menerima rasuah.


Catch Me If You Can
Sumber foto: folk.ntnu.no/
Sebuah lagi filem penjenayah yang dibintangi oleh Leonardo DiCaprio. Namun dalam filem dia membawa watak sebagai Frank Abagnale iaitu seorang penipu yang hidup mewah dengan memalsukan cek dengan menyamar sebagai seorang juruterbang, doktor dan penguam. Namun, dia telah berjaya diberkas oleh seorang anggota FBI. Bagaimanapun, dalam kehidupan sebenar Abagnale akhirnya dilantik untuk menjadi penasihat FBI bagi menghalang kegiatan jenayah seperti yang dilakukannya.


Blow
Sumber foto: deppimpact.com/
Filem ini mengisahkan tentang seorang lelaki bernama George Jung yang dilakonkan oleh Johnny Depp yang merupakan seorang pengedar dadah pada tahun 1970an. George yang pada mula mengedar dadah jenis marijuana telah beralih kepada penyeludupan dadah jenis kokain dari negara Latin. Dalam filem ini turut memaparkan kehidupan George dengan ketua-ketua mafia terkenal seperti Pablo Escobar, Lehder Rivas dan Medellin Cartel.


Pain & Gain
Sumber foto: telegraph.co.uk
Jika empat filem sebelum ini mengisahkan tentang penyelewengan duit, dadah, rasuah, penipuan dan gangster, namun untuk filem kelima dalam senarai 'top 5' TUPAI ini sama sekali tidak sama seperti yang disenaraikan. Namun kesemua filem-filem ini mempunyai satu motif yang sama iaitu untuk menjadi kaya dan mempunyai banyak wang. Dalam filem "Pain & Gain" mengisahkan tentang tiga sahabat yang merupakan ahli bina badan di Florida lakonan Mark Wahlberg, Dwayne Johnson dan Anthony Mackie yang ingin menjadi kaya dengan melakukan penculikan, peras ugut, mendera dan membunuh beberapa mangsa. Bagaimanapun, ketiga-tiga mereka berjaya ditangkap dan dua daripada mereka telah dijatuhi hukuman mati manakala seorang lagi dipenjara selama 15 tahun, namun hanya menjalani hukuman penjara selama 7 tahun selepas dia membuat pengakuan.
tupai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...