Khamis, 25 Jun 2015

11 perkara yang anda perlu tahu tentang Puduraya sebelum jadi Pudu Sentral

11 perkara yang anda perlu tahu tentang Puduraya sebelum jadi Pudu Sentral
Sejauh manakah anda mengenali Pudu Sentral? Berikut adalah 11 perkara yang anda perlu tahu tentang Pudu Sentral
 
 Menjelang bulan Ramadan, satu perkara yang dinanti-nantikan oleh semua umat Islam ialah untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama ahli keluarga mereka di kampung.

Malah, musim perayaan selalunya menyebabkan semua perkidmatan pengangkutan awam seperti bas dan kereta api dibanjiri pengguna sehingga kadangkala kita kehabisan tiket untuk berkunjung sesuatu tempat.

Antara perhentian bas yang menjadi tumpuan rakyat ketika musim perayaan ialah Pudu Sentral dan Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Kuala Lumpur.

Pudu Sentral merupakan antara perhentian bas tertua di Kuala Lumpur dan merupakan perhentian bas yang utama sebelum TBS dibuka pada tahun 2011.

Tetapi sejauh manakah anda mengenali Pudu Sentral?
 

Berikut adalah 11 perkara yang anda perlu tahu tentang perhentian bas, Pudu Sentral.

1. Hentian bas ini dibuka secara rasmi oleh bekas Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pada tahun 1976.

2. Pada masa itu, stesen bas Pudu Raya digunakan perkhidmatan bas express bagi seluruh Semenanjung Malaysia, termasuk Negara Thai dan Singapura.

3. Pengendali hentian Puduraya ialah UDA Holdings Berhad, iaitu sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan Malaysia.

4. Pada 19 Mei 2009, Menteri Kewangan Kedua Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah menyatakan Kerajaan Malaysia bersetuju untuk membaik pulih Hentian Puduraya dengan kos RM 30.3 juta secara berperingkat.

5. Puduraya kemudian dibuka semula pada 16 April 2011 selepas menjalani pengubahsuaian yang menelan kos sebanyak RM52.7mil.

6. Pada 27 Ogos 2011, terminal bas Puduraya telah ditukar nama kepada Pudu Sentral selaras dengan rupa yang moden dan setanding dengan perkhidmatan lapangan terbang Malaysia.

7. Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, nama baru Pudu merupakan cadangan daripada salah seorang pengikut dalam akaun Twitternya.

8. Perdana Menteri kemudian mengumumkan Pudu Sentral sebagai Pusat Transformasi Bandar Kuala Lumpur atau UTC KL.

9. Hentian Puduraya kini dilengkapi 296 kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan strategik serta dikawal selia oleh 48 petugas bagi menjaga keselamatan dan keselesaan pengunjung.

10. Bagaimanapun, kesesakan lalu lintas berhampiran stesen bas Puduraya telah berkurangan selepas Terminal Bersepadu Selatan di Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS) dibuka pada tahun 2011.

11. Pada 15 Jun 2007, satu bahan letupan kecil buatan sendiri yang ditinggalkan pada sebuah bangku konkrit, meletup pada 9.10 pm sehingga menyebabkan seorang mangsa bernama Aqilah Nadiah Zamzar, 11 tahun megalami kelecuran pada bahagian muka dan bahagian lain. 
awani

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...