Selasa, 23 Jun 2015

Isu Nikah ala Kristian: 'Vow exchange' hanya tradisi, kata jurunikah

Nikah ala Kristian: 'Vow exchange' hanya tradisi, kata jurunikah
'Vow exchange' hanya tradisi, tiada kaitan dengan agama. 
 
Selepas tersebarnya sebuah video upacara pernikahan ala Kristian di laman sosial beberapa hari yang lalu, jurunikah yang menikahkan pasangan berkenaan tampil membuat penjelasan bagi merungkaikan kekeliruan yang timbul.

Dalam video yang dirakam di Australia berdurasi 1 minit 17 saat itu, diperlihatkan pasangan pengantin melakukan upacara 'vow exchange' yang biasa dilakukan dalam upacara perkahwinan Kristian.
 
Jurunikah itu, Muhamed Edwars memberitahu, upacara pernikahan pasangan Megat Saharizal bin Zulkifli dan Nur Hidayat binti Shafie itu walaupun menggabungkan cara Islam dan sivil, ia tetap sah kerana dilakukan mengikut syariat yang ditetapkan.

Kata Edwars, sebelum upacara 'vow exchange' itu, lafaz ijab dan kabul telah dibuat terlebih dahulu, lengkap dengan wali dan saksi sebagaimana yang sepatutnya.

vow

'Vow exchange' dilakukan sebagai memenuhi syarat minimum perkahwinan di Australia.

Edwars turut menerangkan, 'vow exchange' tidak ada kena mengena dengan mana-mana kepercayaan dan agama, termasuk Kristian dan Syiah.

Sebaliknya, ia hanya satu bentuk tradisi, terutama dalam perkahwinan masyarakat Kristian dan Barat. 
awani

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...