Khamis, 4 Jun 2015

Kenapa kau nak sombong sangat?

Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Ada orang mungkin lebih dari satu segi, tapi kurang pula dari segi yang lain.

Kita mungkin pandai dalam sesuatu perkara, tapi ada perkara-perkara yang langsung kita tak tahu apa pun.
Jadi, usah la sombong. Jangan berlagak macam kita ni bagus sangat, seolah-olah kita tak punya kelemahan.

Apabila orang buat silap, jangan la cepat sangat menghukum dan pandang hina padanya. Kerana kita juga terkadang melakukan kesilapan.

Apabila kita berjaya dalam sesuatu perkara, usahlah sombong dan bangga diri. Kerana itu semua berlaku hanya dengan izinNya.




Kalau kita ada kelebihan, bersyukurlah dengan kelebihan yang dikurnia. Gunakan kelebihan untuk memberi manfaat pada orang lain. Itulah akhlak mukmin sebenar.


Paling penting, usah sesekali ada rasa sombong dalam diri, merasa diri lebih baik dari orang lain.

Kerana sesungguhnya Nabi sollallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda ;

“Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya terdapat perasaan SOMBONG walau cuma sebesar zarah.” (mafhum hadith)

sifat sombong

Habis tu, kenapa kau nak sombong sangat??
pakar how to

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...