Masih ingat dan kenal dengan Kuih Peria? Warna dan intinya mampu menarik minat kita untuk terus makan. Bagi anda yang ingin cuba buat sendiri, boleh guna resepi ini, mudah dan senang. Jom tarik selera petang! 
 
 
Bahan-bahannya:
250 gm tepung pulut
200ml santan pekat
25 gm minyak masak untuk sapu pada kuih dan daun pisang
Pewarna merah, purple dan kuning
 
 
Intinya:
250 gm kacang hijau
200 gm gula pasir
50 ml air
Secubit garam
1/2 tbsp tepung pulut
1 helai daun pandan
 
 
Cara Membuat:
  • Rendam kacang hijau semalaman.
  • Kukus hingga masak.Kemudian lenyek hingga hancur ketika masih panas.
  • Masukkan kedalam kuali bersama air, tepung pulut dan gula serta daun pandan. 
  • Masak hingga sebati dan kering. Bulat-bulatkan.
 
Untuk dohnya:
  • Uli tepung pulut dan santan hingga lembut.Bahagikan doh kepada dua bahagian.
  • Satu bahagian diwarnakan merah dan satu lagi warnakan hijau.
  • Ambil 15 gm doh dan isikan dengan inti, bentukkan seperti buah peria.
  • Untuk hasilkan corak buah peria, tekan-tekan dengan lidi pada kuih tadi.
  • Sapukan doh dengan  sedikit minyak dan aturkan atas daun pisang.
  • Kukus hingga masak tapi jangan terlebih kukus kerana kuih akan kembang dan tidak cantik.

KIRIMAN: Azniza Hamid, Kelantan/ migguan wanita