Ahad, 28 Jun 2015

Resepi -Daging Masak Gulai Kawah

esepi Daging Masak Gulai Kawah ni diambil dari Buku 400 Resepi Terbaik Chef Wan. Mestilah ada sedikit pengubahsuaian mengikut bahan apa yang ada di rumah hehehe.. Dalam resepi Chef Wan menggunakan betik muda. Saya cuma pakai kentang dan kacang panjang. Saya pakai daging dan juga dicampur bersama bahagian daging berlemak (tetel) Memang sedap betul. Sebab gula kawah ni cair cair je kuahnya jadi tak lah muak sangat dengan lemak kan..

P6063664ed 
 


Resepi Daging Masak Gulai Kawah


Bahan-bahan :
4 sudu besar minyak
500g daging dihiris nipis
300 g daging tetel - dipotong kecil (saya tambah)
500 ml santan - saya guna 600ml
2 sudu besar kerisik kelapa
2 sudu besar gula perang
2 keping asam keping
3 biji kentang dipotong dadu besar(saya tambah)
6-7 batang kacang panjang - dipotong panjang (saya tambah)
1 batang kulit kayu manis
3 biji bunga cengkih
2 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
1-2 cawan air (ikut nak pekat atau cair)
8 helai daun kari
Garam secukup rasa

Bahan Pes Rempah (dikisar) :
2 - 3 sudu makan cili kering kisar
2 sudu besar rempah kari daging (saya guna 4 sudu besar)
6-7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 inci lengkuas

Cara-cara :
Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi. Kemudian masukkan bahan pes rempah yang dikisar. Masak sehingga naik bau dan pecah minyak.

Kemudian masukkan daging dan masak sehingga daging kecut dan mesra. Tambahkan juga sedikit air.

Masukkan santan, kerisik dan garam secukup rasa. Masukkan juga gula perang.

Masukkan kentang dan reneh seketika sehingga daging dan kentang lembut.

Akhir sekali masukkan asam keping, dan kacang panjang. Masak sehingga mendidih dan siap!

Jika suka boleh renehkan lagi sehingga kuah pekat.
 http://www.enyabdullah.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...