Selasa, 2 Jun 2015

Home Artikel Hot Terbakor & Berita & Tempatan Bayi terkunci dalam kereta bukan sebab ditinggalkan ibu tetapi auto lock

Bayi terkunci dalam kereta bukan sebab ditinggalkan ibu tetapi auto lock

Bayi terkunci dalam kereta bukan sebab ditinggalkan ibu tetapi auto lock
Bayi terkunci dalam kereta bukan sebab ditinggalkan ibu tetapi auto lock



KUALA LUMPUR: Video orang ramai cuba menyelamatkan seorang bayi yang terperangkap dalam kereta sememangnya menjadi isu yang hangat diperkatakan oleh pengamal media sosial.

Video ini dimuat naik oleh pengguna Facebook bernama Tuan Nor Azlim yang juga merupakan salah seorang saksi yang berada di tempat kejadian.

Lagi video bayi terkunci dalam kereta tersebar, ibu-bapa masih tidak sedar
Video orang ramai cuba menyelamatkan seorang bayi yang terperangkap dalam kereta sememangnya menjadi isu yang hangat diperkatakan oleh pengamal media sosial.

Dalam video berdurasi 2 minit itu, orang ramai dilihat cuba membuka pintu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Myvi berwarna putih yang terkunci untuk menyelamatkan seorang bayi yang terperangkap di dalam kereta tersebut.

Kejadian ini dilaporkan berlaku di hadapan sebuah bank di Seksyen 9 di Shah Alam pada kira-kira jam 2.30 petang apabila enjin kereta tersebut dipercayai mati menyebabkan bayi tersebut terperangkap di dalam bersama kunci kereta.

Menurut saksi bernama Tuan Nor Azlim yang memuat naik video berkenaan di Facebooknya, rakaman ini dibuat ketika dia terlihat kenderaan milik mangsa dikerumuni orang ramai yang cuba untuk menyelamatkan bayi berkenaan.

Difahamkan, bayi itu mula berpeluhan dan dipercayai mengalami kesukaran untuk bernafas ketika terperangkap dalam kereta tersebut.

Selepas beberapa cubaan, akhirnya orang ramai berjaya membawa keluar bayi tersebut dalam keadaan yang selamat.
Sumber: Astro Awani

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...