Selasa, 16 Jun 2015

Bagaimana Membina Kekayaan Dari Dalaman ?

percaya-sebelum-berjaya-650x449

Antara contoh situasi kita menarik kekayaan dari luar ke dalam, adalah apabila kita memakaikan diri kita dengan barang-barang berjenama. Hakikatnya kita sedar itu tidak menjadikan kita rasa kita seorang yang kaya.





Ramai golongan muda yang sanggup berbelanja besar untuk membeli jenama mahal hanya kerana ingin nampak bergaya. Sedangkan mereka sedar, poket dan hati mereka papa kedana. Mereka sedar, poket mereka semakin kosong apabila berbelanja besar.
Kata Tuan Shamsuddin Kadir,
“Mengikut kajian pakar-pakar Psikologi mendapati, orang yang merasakan dirinya mahal, mereka tidak memerlukan barangan yang mahal untuk diperagakan di sekeliling dan di badan mereka.”
Justeru, kekayaan dari dalam ke luar itu lebih penting dari luar ke dalam.

Di Mana Kekayaan Bermula?

“Bukanlah kekayaan itu kerana banyaknya harta, tetapi kekayaan adalah kaya hati.” (Hadis Riwayat al-Bukhari no. 6446 dan Muslim no. 2417)
Kita ambil contoh andai kita seorang yang jana RM5,000 pada tiap bulan. Namun, kita begitu kedekut untuk bersedekah. Sedangkan kita tahu, dengan bersedekah, insya-Allah harta kita akan semakin berkah dan bertambah.
minda-kaya
Sebaliknya kita risau, andai kita semakin sedekah, kita akan miskin. Inilah contoh kekayaan dunia dalaman kita lebih penting daripada dunia luaran. Adapun tukang sapu sampah adakalanya sedekahnya lebih banyak daripada bos sendiri.

Kerana mereka berasa berlimpahan dengan wang yang mereka ada, walau sedikit. Kekayaan bermula daripada fikiran dan jiwa kita. Warren Buffet berkata,
“I always knew I was going to be rich. I don’t think I ever doubted it for a minute.”
Warren Buffet tidak ragu akan matlamatnya walau sedikit. Beliau yakin dengan matlamatnya yang mampu beliau capai. Itulah antara cara orang yang berjaya berfikir, iaitu dengan mempunyai matlamat dan bersangka baik matlamat mereka akan tercapai suatu hari nanti.

 Cara Bina Kekayaan Dari Dalam

1. Percaya kita boleh capai

“Whatever the mind of man can conceive and believe, it can achieve.” – W. Clement Stone
Tetapkan matlamat dan pasakkan kepercayaan kita mampu capai matlamat itu. Dalam suatu TED talk, Dr. Ivan Joseph berkongsi kemahiran keyakinan diri adalah dengan mengulang affirmasi yang positif.

percaya-sebelum-berjaya
Dalam hal ini, sentiasa tengok, dan ungkapkan impian kita pada tiap hari untuk membina keyakinan kita bahawa kita dapat capai impian itu.

2. Syukur

Bagi membina kekayaan dari dalam diri kita, syukuri apa yang kita ada. Rasakan betapa banyak rahmat dan nikmat yang telah Allah beri kepada kita. Bahasa Inggerisnya, count your blessing.
“Pandanglah orang yang lebih rendah daripada kamu dan janganlah memandang orang yang di atas kamu. Maka yang demikian itu lebih layak untuk dilakukan agar kamu tidak menganggap remeh akan nikmat Allah yang telah dianugerahkan kepada kamu.” (Hadis Riwayat Muslim)
Syukur akan membebaskan kita daripada penyesalan (masa lalu) dan harapan (masa akan datang). Syukur akan buat kita hidup pada hari ini dengan melihat segala nikmat yang Tuhan beri.

3. Senyum

Senyum akan buat kita sentiasa awet muda dan kelihatan ceria. Apabila kita senyum, ia adalah salah satu pemecah tembok jurang berkomunikasi dengan orang lain. Hasilnya orang akan selesa berbual dengan kita.

penulisan daripada tim majalah niaga.
 http://www.pikodot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...