Syaitan merupakan makhluk Allah yang
diciptakan daripada api. Syaitan ialah musuh utama bagi seorang mukmin
seperti yang kerap kali diulang oleh Allah SWT di dalam Al-Quran.
Firman Allah SWT :
إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوًّا إِنَّمَا يَدْعُو حِزْبَهُ لِيَكُونُوا مِنْ أَصْحَابِ السَّعِيرِ
Maksudnya
: “Sesungguhnya syaitan ialah musuh kepada kamu, maka jadikanlah dia
musuh. Sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi
penduduk neraka.” (Surah Faatir ayat 6)
Di sini dinyatakan hadis-hadis mengenai perkara ini untuk panduan kita bersama. Iaitu ;
Di sini dinyatakan hadis-hadis mengenai perkara ini untuk panduan kita bersama. Iaitu ;
1. Syaitan makan dan minum dengan tangan kiri :
Sabda
Rasulullah SAW maksudnya : “Apabila seseorang daripada kalian makan,
maka makanlah dengan tangan kanannya dan apabila minum, maka minumlah
dengan tangan kanannya. Ini kerana sesungguhnya, syaitan makan dengan
tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya. “(Hadis Riwayat Muslim)
2. Syaitan minum dan makan dalam keadaan berdiri :
Rasulullah SAW melihat seseorang yang minum sambil berdiri.
Baginda menegur, ” Jangan begitu! ”
Orang itu bertanya, ” Mengapa? ”
Rasulullah menjawab, ” Adakah kamu suka minum bersama kucing? ”
Orang itu menjawab, ” Tidak. ”
Rasulullah SAW meneruskan: “Sesungguhnya telah ikut serta minum bersama kamu sesuatu yang lebih buruk daripadanya, iaitu syaitan. “(Hadis Riwayat al-Darimiy dengan sanad yang sahih)
Baginda menegur, ” Jangan begitu! ”
Orang itu bertanya, ” Mengapa? ”
Rasulullah menjawab, ” Adakah kamu suka minum bersama kucing? ”
Orang itu menjawab, ” Tidak. ”
Rasulullah SAW meneruskan: “Sesungguhnya telah ikut serta minum bersama kamu sesuatu yang lebih buruk daripadanya, iaitu syaitan. “(Hadis Riwayat al-Darimiy dengan sanad yang sahih)
3. Syaitan ketawa apabila menguap sehingga mengeluarkan bunyi :
Sekiranya kalian menguap, ingatlah itu adalah daripada syaitan.
Sabda
Nabi SAW yang bermaksud : “Menguap adalah daripada syaitan. Maka
apabila seseorang daripada kalian menguap, tahanlah sedaya mungkin
kerana sesungguhnya apabila seseorang kalian menguap sambil berbunyi
‘Haaa’, maka ketawalah syaitan. ” ( Hadis Riwayat Bukhari)
Jika
tidak dapat menahan diri daripada menguap, maka tutuplah mulut dengan
tangan dan berusaha tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Ini berdasarkan
hadis Nabi SAW yang bermaksud : “Jika seseorang kalian menguap, maka
tutuplah mulut dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke
dalam mulut yang terbuka). ” ( Hadis Riwayat Muslim)
4. Syaitan kencing di telinga :
Apabila
seseorang itu tidur sehingga pagi hari maka syaitan kencing di kedua
belah telinganya seperti di dalam hadis riwayat Imam Al-Bukhari yang
bermaksud : ” Itu ialah orang yang syaitan telah kencing di dalam
kedua-dua telinganya atau salah satu telinganya. “Rasulullah SAW berkata
demikian apabila diceritakan kepada baginda tentang seseorang yang
tidur sehingga pagi.
5. Syaitan dapat makan, minum dan tempat bermalam :
Imam
Muslim meriwayatkan hadis yang bermaksud: “Apabila seseorang itu
memasuki rumahnya dan mengingati Allah dengan membaca ‘Bismillah’ ketika
memasukinya dan ketika ingin makan, berkatalah syaitan kepada
golongannya ; ” Kalian tidak memiliki tempat untuk bermalam dan tidak
juga memiliki makanan malam. “
Sebaliknya
apabila seseorang itu memasuki rumah dan tidak mengingati Allah ketika
memasukinya, berkatalah syaitan kepada golongannya ; ” Kalian telah
mendapat tempat bermalam. “
Apabila
seseorang tidak mengingati Allah ketika makan, maka berkatalah syaitan
kepada golongannya ; “Kalian telah mendapat tempat bermalam dan makan
malam. ”
Menyebut nama Allah ( Bismillah) ini dituntut juga ketika keluar dari rumah, menutup bekas-bekas makanan dan minuman, ketika menutup pintu dan tingkap agar terselamat daripada gangguan syaitan.
6. Syaitan makan sisa-sisa makanan :
Apabila Rasulullah SAW makan, baginda menjilat jari-jarinya sebanyak tiga kali.
Anas berkata, bahawa Rasulullah bersabda (maksudnya) : “Jika sesuatu makanan seseorang kalian jatuh, hendaklah dia mengambilnya dan membersihkan sebarang kotoran yang melekat padanya lalu memakannya. Janganlah meninggalkannya untuk syaitan. “
Anas berkata, bahawa Rasulullah bersabda (maksudnya) : “Jika sesuatu makanan seseorang kalian jatuh, hendaklah dia mengambilnya dan membersihkan sebarang kotoran yang melekat padanya lalu memakannya. Janganlah meninggalkannya untuk syaitan. “
Anas
melanjutkan ; ” Rasulullah juga menyuruh kami untuk menghabiskan
sebarang sisa makanan. “Baginda berpesan ; ” Ini kerana kalian tidak
tahu di bahagian manakah pada makanan kalian terdapat keberkatan. ”
(Hadis Riwayat Muslim)
Tidak usahlah
kalian menjadi pemurah kepada syaitan dengan membiarkan sisa-sisa
makanan. Entah berapa ramai yang tamak ketika makan sehingga menyebabkan
makanan berlebihan dibiarkan untuk santapan musuhnya sendiri.
7. Orang yang membazir ialah saudara syaitan:
Siapakah yang telah mempersaudarakan seorang yang membazir dengan syaitan?.
Allah SWT sendiri yang mempersaudarakan antara keduanya.
Allah SWT sendiri yang mempersaudarakan antara keduanya.
Firman Allah SWT ;
إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا
Maksudnya : “Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu ialah saudara-saudara syaitan.” (Surah Al-Isra’ ayat 27)
8. Syaitan mengganggu ibadat manusia :
Sahabat bernama ‘Uthman bin Abi al-‘Ash mengadu kepada Rasulullah SAW ;
” Wahai Rasulullah! Sesungguhnya syaitan menghalang antaraku dan solat serta bacaan Al-Quran ku, dan ia selalu mengelirukan aku. ”
” Wahai Rasulullah! Sesungguhnya syaitan menghalang antaraku dan solat serta bacaan Al-Quran ku, dan ia selalu mengelirukan aku. ”
Maka Rasulullah menjawab ; ” Itulah syaitan yang disebut sebagai ‘Khanzab’, maka apabila merasai gangguannya, mohonlah perlindungan Allah dan ludahlah ke kiri sebanyak tiga kali. ‘Uthman bin al-‘Ash kemudian berkata; ” Aku melakukan itu dan Allah menjauhkan gangguan syaitan itu dariku. ” (Hadis Riwayat Muslim)
9. Sikap terburu-buru adalah daripada syaitan :
Sikap gopoh dan terburu-buru ini adalah antara hasutan syaitan.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Ketenangan adalah daripada Allah manakala tergesa-gesa adalah daripada syaitan. ” (Hadis Riwayat Al-Baihaqi)
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Ketenangan adalah daripada Allah manakala tergesa-gesa adalah daripada syaitan. ” (Hadis Riwayat Al-Baihaqi)
10. Sikap cemburu adalah daripada syaitan :
Cemburu
di sini ialah cemburu membabi-buta tanpa bukti dan usul periksa.
Seperti hadis Aishah r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang
bermaksud: ” Apa yang terjadi kepada kamu, wahai Aishah? Adakah kamu
cemburu? ”
” Takkanlah aku tidak cemburu kepada orang seperti tuan? ”
Kemudian Rasulullah SAW melanjutkan : “Apakah telah datang kepadamu syaitan kamu?”
” Wahai Rasulullah! Apakah bersama aku ada syaitan? ”
” Ya. ”
” Dan apakah syaitan itu ada di setiap manusia? ”
” Ya. ”
” Apakah syaitan juga bersama kamu wahai Rasulullah? ”
” Ya, akan tetapi Tuhanku telah menolongku daripadanya. “
11. Perasaan marah adalah daripada syaitan :
Apabila
seseorang itu di dalam keadaan marah, syaitan menguasai dirinya
sehingga sanggup melakukan perkara di luar batas kemanusiaan. Perkara
ini boleh diatasi dengan membaca ‘istiqhfar’ .
Sulaiman
Bin Surd berkata: “Ketika aku sedang duduk bersama Nabi SAW, terdapat
dua orang sedang bertengkar sehingga salah seorang daripada mereka
menjadi merah wajahnya dan urat-urat lehernya timbul. Maka Nabi SAW
bersabda: ” Sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah yang jika diucapkan
nescaya kemarahannya akan hilang. Iaitu sebutlah ‘A’uzubillahi minash
syaitan’ nescaya kemarahannya akan hilang. ” ( Hadis Riwayat Bukhari)
12. Syaitan gemar berkeliaran pada waktu senja :
Kita sering dilarang oleh ibu bapa kita supaya tidak berada di luar rumah pada waktu senja.
Pesanan
ini berasal daripada Rasulullah SAW yang bermaksud: ” Apabila malam
menjelang tiba, maka tahanlah anak-anak kalian (daripada keluar) kerana
sesungguhnya pada waktu itu syaitan-syaitan berkeliaran. Apabila telah
berlalu waktu Isya’, maka lepaskanlah mereka. ” (Hadis Riwayat Bukhari)
13. Pasar adalah tempat kegemaran syaitan .
Tempat-tempat seperti ini merupakan tempat syaitan melepak.
Rasulullah
SAW bersabda: ” Selagi mampu, janganlah menjadi orang yang pertama
memasuki pasar dan janganlah menjadi orang terakhir yang keluar dari
pasar kerana sesungguhnya pasar ialah medan tempur syaitan dan di
situlah benderanya dipacakkan. ” ( Hadis Riwayat Muslim)
Pada masa kini pusat membeli belah, pasaraya dan bursa saham juga termasuk di dalam hadis di atas.
14. Syaitan boleh membesar seperti rumah :
Imam
Ahmad Bin Hanbal dalam musnadnya meriwayatkan dari seseorang yang
dibonceng oleh Nabi SAW. Dia berkata , ” Tunggangan Nabi SAW
tergelincir, maka aku katakan celaka syaitan. “
Nabi
SAW bersabda : ” Janganlah kalian menyebut ‘Celakalah syaitan!’ kerana
apabila engkau mengatakannya, syaitan akan membesar sehingga sebesar
rumah dan berkata, ‘Demi kekuatanku!’ . Sebaliknya sebutlah ‘Bismillah!’
kerana apabila engkau mengatakannya syaitan akan mengecil sehingga
sekecil lalat. “
Demikian sebahagian
himpunan hadis-hadis yang berkaitan dengan syaitan. Semoga perkongsian
ini dapat membantu kita untuk lebih berhati-hati dalam menjalani
kehidupan seharian agar selamat dan terpelihara daripada musuh nombor
satu manusia iaitu syaitan dan iblis laknatullah. Mudah-mudahan kita
semua sentiasa mendapat perlindungan daripada Allah SWT daripada
muslihat, godaan dan tipu daya mereka.
http://www.jiwarosak.com/
Sumber : DaieMediaSosialJakim
saya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysia
BalasPadambekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
sempat saya putus asah dan secara kebetulan
saya buka FB ada seseorng berkomentar
tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
karna di malaysia ada pemasangan
jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
saya minta angka sama AKI NAWE
angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
terima kasih banyak AKI
kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
tak ada salahnya anda coba
karna prediksi AKI tidak perna meleset
saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan
saya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysia
bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
sempat saya putus asah dan secara kebetulan
saya buka FB ada seseorng berkomentar
tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
karna di malaysia ada pemasangan
jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
saya minta angka sama AKI NAWE
angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
terima kasih banyak AKI
kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
tak ada salahnya anda coba
karna prediksi AKI tidak perna meleset
saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan