بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Kisah Kesyahidan Ashim bin Tsabit sahabat yang dijaga oleh lebah- Nama penuhnya adalah Ashim bin Tsabit bin Abi Al-Aqlah dalam Perang Uhud Ashim mencederakan Musafi' bin Thalhah dan saudaranya al-Jallas bin Thalhah dan menyebabkan dua anak panah menembusi tubuh mereka.
Kemudian ibunda Musafi' dan al-Jallas bin Thalhah iaitu Salafah datang
dan meletakkan kepala anaknya di atas pangkuannya . Lalu ia bertanya
:"Wahai anakku siapakah yang telah mencederakanmu?"
Anaknya menjawab :"Aku mendengar suara seorang lelaki ketika aku diserang lelaki berkata :"Ambillah dan saya adalah anak Ibnu Abi al-Aqlah . Maka kemudian si ibu bersumpah :"Apabila kepala Ashim diambil maka ia akan minum darah Ashim daripada tempurung kepalanya. Salafah menjanjikan seratus ekor unta kepada sesiapa sahaja yang dapat membawa kepala Ashim kepadanya.
Ashim, telah bersumpah tidak akan menyentuh orang musyrik atau disentuh oleh orang musyrik.
Ketika Ashim gugur dalam Perang Raji , kaum musyrikin hendak memotong kepalanya untuk dijual kepada Salafah (Ibunda Musafi' dan al-Jallas bin Thalhah) . Namun, dengan kuasa Allah SWT telah mendatangkan sekumpulan lebah, kumbang dan menyengat mereka sehingga mereka tidak mampu berbuat apa-apa untuk mendekati dan merosakkan tubuh Ashim.
Setelah mereka yang pertama gagal mereka berkata"Bahawa kumpulan lebah itu akan pergi dengan sendirinya apabila malam telah tiba. Atas kekuasaanNya, Allah SWT telah menurunkan hujan dari langit yang menyebabkan banjir yang telah menghayutkan tubuh Ashim sehingga kaum musyrikin tidak dapat menemukannya lagi dan tidak dapat menyentuhnya sebagaimana sumpah Ashim kepada Allah SWT untuk tidak menyentuh orang musyirikin atau disentuh oleh mereka selamanya.
Allah SWT telah melindungi Ashim setelah kematiannya dengan sekawan lebah maka ia dikenali dengan sahabat yang dijaga oleh lebah.[22]
[22] Lihat Musnad Imam Ahmad :2/295, 311 Ibnu Atsir : 4/112 dalam kitab Asad Al-Ghaabah.Daripada :
http://mselim3.blogspot.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan