Khamis, 10 Mac 2016

Resepi Apam Coklat Kukus Mudah





Resepi Apam Coklat Kukus Mudah

Bahan-Bahan:
Tepung gandum – 1 cawan
Gula merah/perang/pasir – setengah cawan
Susu pekat – setengah cawan
Minyak kelapa/jagung/kacang – setengah cawan
Air – setengah cawan
Serbuk penaik (baking powder) – 1 camca kecil (lebih sedikit dari paras rata)
Telur – 1 biji (gred A)
Serbuk koko – 2 camca besar (penuh)
Garam halus – secubit (jika suka)




Cara Membuat:
1. Panaskan air di dalam periuk pengukus.
2. Sementara itu sukat dan masukkan bahan kering ke dalam bekas dan gaul rata dengan pemukul telur.
3. Masukkan pula bahan lain satu persatu dan kacau sebati.
4. Tuang atau salinkan bancuhan ke dalam jag yang bermuncung untuk memudahkan kerja anda.
5. Tuang bancuhan ke dalam cawan kertas (tinggalkan sedikit ruang untuk apam mengembang).
6. Kukus selama 15-20 minit atau bergantung kepada berapa banyak jumlah apam yang anda muatkan ke dalam pengukus.


resepibonda

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...