SUDAH
lama kita bersolat, tetapi nampaknya keajaiban dan jaminan solat yang
disebut Allah masih samar-samar dalam kehidupan kita.
Allah
memberi jaminan dalam firman-Nya, bermaksud: “Sudah pasti berjaya orang
mukmin iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya.” (Surah al-Mukminun:
1,2)
Marilah
kita sama-sama bermuhasabah mengenai peringkat solat. Bukannya konsep
kejayaan dan cara hendak mencapai khusyuk, tetapi ada beberapa jenis dan
golongan serta gaya bersolat di kalangan orang Islam yang semuanya akan
mempengaruhi perangai dan cara hidup.
* Jenis Pertama
Hari
ini, ramai umat Islam yang tidak bersolat, bahkan ramai juga yang tidak
tahu hendak bersolat. Ada yang menafikan kewajipan solat, mereka jatuh
kafir sebab itu kadangkala perangainya dengan si kafir tidak ada beza.
* Jenis Kedua
Orang yang melakukan solat secara zahir saja, malah bacaan pun masih
tidak betul, taklid buta dan main ikut-ikut orang lain. Jadi, golongan
ini sekejap bersolat, sekejap tidak. Jika ada masa dan emosi baik, dia
bersolat. Kalau sibuk dan ada program kenduri, pesta ria, berziarah,
bermusafir, letih dan penat, dia tidak bersolat. Orang ini jatuh fasik.
Tidak belajar solat mahupun secara rasmi atau tidak rasmi. Ilmu mengenai
solat ialah apa yang dipelajari ketika kecil dan tadika saja. Golongan
ini tertolak, bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka
kepada Allah.
* Jenis Ketiga
Golongan yang melakukan solat cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham
setiap bacaan solat, Fatihah, doa Iftitah dan tahiyatnya, tetapi tidak
dihayati dalam solat itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan
perkara dunia tanpa menghayati solat. Golongan ini dikategorikan sebagai
solat ‘awamul Muslimin’ dan jika dididik serta ditambah mujahadah
(kesungguhan), dia akan berjaya dalam solat.
* Jenis Keempat
Golongan ini baik sedikit daripada golongan sebelumnya, tetapi main
tarik tali dalam solatnya. Sesekali dia khusyuk, sesekali lalai pula.
Apabila teringat sesuatu dalam solatnya, teruslah terbawa-bawa,
berkhayal dan seterusnya. Apabila teringat Allah secara tiba-tiba,
insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hati serta fikirannya untuk
menghayati setiap kalimah dan bacaan dalam solat. Begitulah sehingga
selesai solatnya. Peringkat ini orang terbabit akan mula memasuki zon
‘memelihara solat’, tetapi masih belum seronok dengan solat.
* Jenis Kelima
Golongan yang melakukan solat tepat ilmunya, faham secara langsung
bacaan dan setiap lafaz dalam solatnya. Hati dan fikirannya tidak
terbawa-bawa dengan keadaan sekeliling sehingga pekerjaan serta apa pun
yang dilakukan atau difikirkan di luar solat itu tidak mempengaruhi
solatnya. Walaupun dia memiliki harta dunia, menjalankan kewajipan dan
tugas keduniaan seperti perniagaan, semua itu tidak mempengaruhi
solatnya. Hatinya masih dapat memuja Allah dalam solat. Golongan ini
disebut orang soleh. Sebenarnya banyak lagi peringkat solat, tetapi
keterbatasan ruangan sekadar lima tahap ini rasanya sudah boleh mu
hasabah diri mengenai tahap solat yang kita lakukan.
Jika kita berada di peringkat satu, dua dan tiga, kita sebenarnya belum
selamat dan mungkin solat tidak mampu mendapat jaminan Allah. Ibadat
solat boleh membangunkan jiwa dan iman, men jauhkan daripada yang buruk
dan merungkai mazmumah (sifat keji), menanamkan mahmudah (sifat
terpuji), me lahirkan disiplin hidup dan akhlak yang agung. Semoga solat
kita akan berlangsung sebagai mi’raj.
Tulisan : Mohd.Zawawi Yusoh /tukang-sampai.blogspot.m
Tulisan : Mohd.Zawawi Yusoh /tukang-sampai.blogspot.m
Tiada ulasan:
Catat Ulasan