Fenomena gerhana matahari yang
berlaku semalam di beberapa negara Asia termasuk Malaysia dijangka
mengakibatkan kemarau dan suhu panas berlarutan di negara ini dalam
tempoh empat hingga enam bulan lagi.
Pensyarah Kanan Fakulti Geoinformasi dan
Hartanah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Othman Zainon berkata,
purata bacaan suhu cuaca di negara ini ialah 32 dan 33 darjah Celsius,
namun ia dijangka meningkat sehingga 35 darjah Celsius atau lebih
selepas fenomena gerhana semalam.
“Tarikan graviti bulan dan matahari pada
permukaan laut yang berlaku semasa fenomena gerhana matahari menyebabkan
suhu meningkat.”
“Ia dijangka mengakibatkan kemarau dalam
tempoh empat hingga enam bulan akan datang di negara ini yang turut
disumbangkan oleh fenomena El-Nino ketika ini,” katanya kepada Kosmo!.
Beliau berkata, kajian sekumpulan pelajar
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Geomatik UTM sewaktu gerhana matahari
semalam turut mendapati cuaca panas ketika ini berkait rapat dengan
tiupan angin yang berhenti ketika gerhana tersebut berlaku.
Katanya, kemarau yang disebabkan oleh
gerhana matahari sebenarnya pernah berlaku pada tahun 1995 dan negara
mengalami cuaca panas yang panjang pada ketika itu.
http://vitdaily.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan