Allah berfirman dalam Surah Kaf, ayat
lapan yang bermaksud fenomena alam sebagai bukti kekuasaan Allah
mengandungi dua nilai iaitu Tabsirah (tuntutan mengambil perhatian) dan
Zikra (tuntutan mengambil peringatan).
Sebagai perhatian, gerhana matahari pada tahun 1995 (1416 Hijrah)
menyaksikan Johor diuji dengan kemarau sehingga membawa kepada wabak
penyakit yang menyerang tanaman dan tumbuhan.
Semoga ulangan gerhana matahari 21 tahun ini memberi limpahan hujan yang seragam untuk kesuburan negeri Johor.
Saya juga mendapat maklumat daripada Jabatan Meteorologi mengatakan
gerhana matahari yang berlaku menyebabkan peningkatan suhu hingga 2
darjah Celsius selain taburan hujan yang akan berkurangan.
Rakyat diminta berjaga-jaga dan dinasihatkan jangan terlampau terdedah
pada cahaya matahari kerana panas terik yang berlaku kali ini tidak
seperti hari biasa.
Daripada segi wabak penyakit pada tumbuhan hingga kini masih belum ada
tanda dan dikenal pasti, tetapi seperti kebiasaan suhu panas yang
melampau sememangnya akan menjejas dan merosakkan tanaman berbuah
seperti kemarau pada tahun lalu.
Sumber: Berita Harian Online
Tiada ulasan:
Catat Ulasan