Resipi Cheese Tart Kuali saja pun tapi punyalah viral. Sebabnya bahan dan cara membuat yang dikongsi oleh Puan Azlina ini cukup mudah. Tak perlu masuk dalam oven hanya dibakar dalam kuali saja.

Malah resipi ini juga tidak memerlukan mixer, bahannya hanya diuli seketika sementara filling pula diadun dalam pengisar. Mudahkan.

Selama ini ramai yang membeli tart jenis ini kerana menyangka ia remeh untuk dihasilkan sendiri. Tapi melalui perkongsian resipi ini ramai yang berjaya membuatnya di dapur sendiri.





http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mac/25/Capture.jpg
Memandangkan cara membuatnya mudah maka tak hairanlah resipi Cheese Tart Kuali Puan Azlina yang dikongsi melalui grup Masak Apa Hari Ni (MAHN) dua hari lalu ini telah mendapat lebih 37 ribu perkongsian atau share di Facebook.

Menariknya Puan Azlina yang juga usahawan kek ini turut menyediakan langkah demi langkah untuk memudahkan pembaca. VK juga tak ketinggalan berkongsi resipi ini. Selamat mencuba.
Langkah Demi Langkah Cheese Tart Kuali

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mac/25/2n.jpg
1. Bahan-bahan untuk crust:
1/2 cawan butter atau majerin
2 cawan tepung gandum (guna tepung Cap Ros lebih rangup)
1 sudu kecil garam
* Ramas semua bahan ini. Boleh letak bahan ini terus dalam bekas atau kuali yang hendak digunakan.

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mac/25/3n.jpg
2. Bila diramas adunan jadi begini. Boleh tambah tepung sedikit-sedikit agar tidak terlalu melekat. 
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mac/25/4n.jpg
3. Letak satu biji telur gred B lalu gaul dan uli sampai jadi seperti gambar langkah 4.
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mac/25/5n.jpg
4. Inilah rupa doh yang sudah diuli. Sedia untuk dibentuk.
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mac/25/6n.jpg
5. Letak doh dalam kuali dan ratakan sama ada guna senduk atau tangan. Ratakan bahagian tepi di bawah dengan jari.
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mac/25/7n.jpg
6. Ambil garfu bentuk bunga di bahagian tepi doh. Jangan terlalu tebal. Kalau nipis masak lebih cepat dan sekata. Siap bahagian crust.
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mac/25/8n.jpg
7. Seterusnya adalah menyediakan filling yang sedap. Bahan-bahannya:
125g cream cheese (boleh guna lebih ikut saiz kuali)
1/2 cawan susu segar atau whipping cream untuk rasa lebih lemak.
3 biji kuning telur
1/2 cawan susu pekat
1sudu kecil esen creamy vanila
* Kisar semua bahan ini menggunakan blender atau pengisar. Dalam bekas berasingan bancuh satu sudu besar tepung jagung dgn 1/4 cawan susu segar.  Masukkan bancuhan  dalam filling yang siap dikisar tadi. Kacau rata.  


http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mac/25/9n.jpg
8. Tuang filling dalam crust yang disediakan tadi.
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mac/25/10n.jpg
9. Tutup rapat kuali semasa memasak. Jika tidak, ia akan lambat masak. Gunakan api paling kecil supaya crust tidak hangit. Selamat 30 hingga 35 minit mengikut api dapur dan jenis kuali yang digunakan. Jenis kuali yang tebal dan nipis tempoh masak berbeza.
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mac/25/11n.jpg
10. Untuk menentukan tart sudah masak, perhatikan bahagian filling. Jika ia keras dan crust nampak garing seperti gambar bermakna tart sudah masak.
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Mac/25/1.jpg
11. Biarkan sejuk sebelum makan. Lebih enak jika dimasukkan dalam peti ais terlebih dahulu.

Mudah kan resipinya. Selamat mencuba. Terima kasih cikgu Azlina