Walau pun suami tak memiliki semua sikap ini tapi syukurlah jika dia ada sebahagian besar ciri ini. Tak semua manusia sempurna bukan.

Anggaplah anda wanita yang bertuah kerana telah memiliki lelaki terbaik untuk jadi pasangan hidup yang mungkin didambakan oleh para isteri lain.



1. Dia masih cuba memenangi hati
Walaupun sudah sah memiliki anda sebagai suri hidupnya tapi dia terus menambat hati anda. Dia suka memuji, memberi hadiah dan suka keluar berdua seperti waktu bercinta.

2. Dia meminta nasihat anda
Meski punya kuasa veto tapi dia tetap meminta nasihat anda sebagai isteri dalam banyak perkara. Bukan sekadar mendengar tapi mempraktikkannya kerana menghargai isterinya.

3. Dia memuji isteri ketika bersama temannya
Dia menghargai anda dan meluahkannya kepada mereka yang dekat dengannya.

4. Dia suka pegang tangan isteri
Sama ada ketika keluar makan, shopping dia senang memegang tangan si isteri. Ia adalah salah satu bahasa tubuhnya untuk memberitahu 'saya mengambil berat tentang awak'.

5. Dia tidak menonton cerita lucah
Intimasi hanyalah bersama isterinya bukan dengan orang lain atau menonton filem lucah.

6. Dia buat kerja kotor
Suami tahu tanggungjawabnya di rumah, dia tak kisah membasuh tandas, mencebok anak atau membersihkan stor rumah.
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Feb/23/man-housework.jpg
7. Dia menikmati masakan isterinya
Walaupun kurang sedap tapi suami tetap makan dan menghargai apa yang dihidangkan isteri.

8. Dia ketawa mendengar lawak anda
Dia tidak terlalu serius, anda boleh berbual dengan apa saja dengannya malah dia boleh ketawa terbahak-bahak mendengar cerita kelakar atau lawak anda.

9. Dia jaga hubungan dengan Tuhan
Dia tahu kewajipan agama dan juga kewajipan sebagai ketua keluarga. Dia membimbing isteri dan anak dalam hal agama.

Macam mana adakah ciri-ciri ini ada pada suami anda?  Mesti ada kan, kalau tak semua tak mengapa. Bukankah kita dan suami ditakdirkan bersama untuk saling melengkapi kekurangan masing-masing.


Sumber www.familishare.com