Ada sesetengah orang menyediakan kuih wajik dengan agak kering dan ada sesetengahnya menyediakan dalam keadaan lembap dan lembut. Saya suka makan kuih wajik yang disediakan oleh arwah nenek kerana teksturnya yang lembut, beras pulutnya dimasak rata dan kurang manis.
Namun begitu secara kebiasaannya kuih wajik dibuat dengan rasa yang manis supaya tahan lama dan tidak berkulat. Entah benar atau tidak, saya pun tak pasti. He he...
Resepi Wajik Yang Mudah
Bahan-bahan:
1 kg beras pulut
2 1/2 biji kelapa
600 gm gula pasir
4 keping gula enau
2 helai daun pandan - jika suka
Cara-cara menyediakan kuih wajik paling Mudah
1. Rendam beras pulut semalaman
2. Kemudian, kukus beras pulut tersebut. Perahkan kelapa dan ambil santannya 2 kali.
3. Masak santan sehingga tinggal separuh dan masukkan gula.
4. Masak sampai pekat dan perlahankan api.
5. Masukkan pulut dan kacau hingga kering.
6. Masukkan dalam beaks dan biarkan sejuk sebelum dimakan.
Selamat mencuba resepi mudah kuih wajik, salah satu kuih tradisional yang semakin kurang dihidangkan kerana rasanya yang agak manis
http://www.aynorablogs.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan