Selasa, 3 April 2012

Jemaah Haji Gempar Melihat Al-Quran Terbang

Al-Quran terbang di Makkah? Subhanaallah! Kedengaran seperti cerita rekaan tetapi peristiwa ini betul-betul terjadi dan disaksikan ratusan ribu jemaah Haji. Jom ikuti kisah luar biasa ini dengan lebih lanjut di bawah.


 
 
 
Ratusan ribu jemaah haji yang sedang melakukan tawaf gempar apabila sebuah Al-Quran melayang dan terus melekat pada pintu kaabah. Peristiwa luar biasa ini membuat ramai jemaah yang menyaksikannya menangis kerana kagum dengan kejadian Allah.

Saksi kejadian berkata pada malam Jumaat sekitar jam 2 pagi, seorang wanita Morocco sedang melakukan tawaf sambil membaca Al-Quran. Sebaik sahaja tiba di pintu depan Kaabah, beliau dilanggar oleh sekumpulan jemaah lain menyebabkan beliau terjatuh dan kitab suci Al-Quran yang dipegang terlepas. Al-Quran tersebut tidak jatuh tetapi melayang dan melekat di pintu Kaabah.

Selepas seorang staff Masjidil Haram mengambil kembali Al-Quran tersebut setelah diturunkan dengan kayu, jemaah-jemaah Haji yang menjadi saksi peristiwa luar biasa itu mencium Al-Quran tersebut. Ternyata baunya sangat wangi seolah-olah dipenuhi berpuluh botol minyak wangi. [Petikan Warta Perdana]
 
 Semuanya berlaku dengan kehendak Allah SWT. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin ada yang mendapat hidayah untuk memeluk Islam setelah terbaca peristiwa luar biasa yang berlaku di Makkah ini. Kepada umat Islam di luar sana, diharapkan peristiwa ini dapat mengukuhkan lagi ketakwaan kita kepada Maha Pencipta. 
 
amalaysianew

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...