Isnin, 17 September 2012

Khasiat Peria Untuk Kesihatan

Umum mengetetahui bahawa peria atau nama saintifiknya Momordica charantia adalah sejenis sayuran yang pahit rasanya. Terdapat 2 jenis peria yang biasanya berada di pasar-pasar di Malaysia iaitu peria biasa yang panjang dengan warna hijau muda dan juga “peria katak” iaitu yang lebih kecil saiznya dan berwarna hijau tua. Pokok peria ini mudah didapati di negara-negara beriklim tropika (panas dan khatulistiwa) seperti di negara kita, Indonesia, Sri Lanka, India dan Filipina.



 
Pokok peria biasanya tumbuh menjalar seperi pokok mentimun. Yang membezakan antara keduanya ialah daunnya dimana daun peria agak kecil berbanding daun timun. Peria mempunyai banyak khasiat untuk tubuh kita. Setiap 100gm peria mengandungi 92.4 peratus lembab, karbohidrat 4.2 peratus, protein 1.6 peratus, mineral 0.8 peratus, fiber 0.8 peratus dan lemak 0.2 peratus.


Khasiat Peria



Sejak zaman purba lagi peria digunakan untuk merawat kencing manis. Pakar perubatan tradisional China telah menggunakan peria untuk merawat asma dan masalah haid yang terlewat. Doktor dari England telah membuat penyelidikan untuk mencari nilai saintifiknya. Hasilnya mereka menemui hypoglycemic atau insulin. Seterusnya mereka mencipta plantinsulin untuk mengurangkan kandungan gula dalam darah dan air kencing.

Kaedah yang paling mudah untuk merawat penyakit ini ialah dengan meminum jus yang diambil daripada empat atau lima biji peria pada setiap pagi. Bijinya yang dihancurkan boleh dicampurkan ke dalam makanan. Sekiranya tidak mahu meminum jusnya, penghidap diabetes juga boleh meminum air rebusan beberapa potong peria ataupun menggunakannya dalam bentuk serbuk


Daunnya pula sangat berkesan untuk merawat buasir. Caranya ialah dengan mencampurkan jus yang boleh diperolehi daripada daunnya ke dalam segelas susu. Ia hendaklah di minum setiap pagi selama sebulan untuk merawatnya. Akarnya yang telah di hancurkan pula di gunakan untuk di sapukan ke tempat buasir.


Jika menghadapi masalah darah kotor seperti bisul, kudis buta, rasa gatal dan lain-lain masalah, fungus peria boleh mengatasinya dengan cara mencampurkan segelas jus peria dan sudu kecil jus limau. Ia hendaklah diamalkan sedikit demi sedikit dalam jangkamasa empat ke enam bulan. Masalah ketagihan alkohol juga boleh diatasi dengan meminum air daripada daunnya. Ia juga boleh mengatasi masalah hati kesan daripada pengambilan alkohol.

Walaupun peria tidak di minati kerana kepahitannya tetapi ia banyak membawa manfaat kepada orang yang mengemarinya. Rasa pahitnya akan hilang dengan cara merendam di dalam air garam sebelum di masak. Di India, biji daripada buahnya yang telah di masak ranum pula di jadikan sebagai bahan perasa. Hakikatnya sekarang banyak syarikat pengeluar produk herba dan kesihatan menggunakan ekstrak peria dalam ramuan produk mereka semata-mata untuk mendapat khasiat dan manfaat peria ini. Ini termasuklah menjadikannya sebagai jus untuk minuman, uncang campuran dengan teh untuk minuman dan juga pil atau pun tablet untuk ditelan sebagai ubatan herba.


Tip mengenai peria:
  1. Pilih peria yang belum masak dan masih keras.
  2. Elak membeli yang telah bertukar warna kekuningan atau menjadi lembut. Peria yang masak lebih pahit rasanya.
  3. Simpan peria di bahagian sayuran dalam peti sejuk untuk mengelaknya daripada cepat masak dan menjadi lebih pahit.
  4. Untuk mengurangkan rasa pahit, rendam peria di dalam air garam kira-kira setengah jam sebelum memasaknya.
  5. Peria kecil lebih pahit berbanding yang besar.
  6. Jangan makan terlalu banyak peria dalam sehari kerana ia akan menyebabkan sakit perut atau cirit-birit..
  7. Jika buat jus peria, campurkan dengan madu, jus lobak merah atau epal agar lebih sedap
  8.  misteriousgrapersz.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...