Atlit Iran, Mehrdad Karam Zadeh, 40 melakukan apa yang patut dilakukan oleh seorang yang beragama Islam iaitu tidak bersalam dengan mereka yang bukan muhrim. Tindakan yang boleh dianggap ‘agak sukar dilakukan’ ini berlaku semasa beliau menerima medal perak daripada isteri Putera William, Kate Middleton untuk kejohanan Paralimpik di London.
Beliau hanya meletakkan tangannya di dada sebagai menghormati Kate Middleton. Kate Middleton pula seakan-akan cuba menawarkan tangannya untuk dijabat oleh beliau. Situasi yang berlangsung tidak sampai satu minit itu ditonton secara langsung dan tidak langsung oleh berpuluh-puluh juta penduduk di seluruh dunia.
Keberanian Mehrdad Karam Zadeh mempertahankan ‘hak’nya sebagai muslim wajar dipuji dan secara tidak langsung menunjukkan kepada dunia supaya mereka memahami sedikit-sebanyak pantang larang dan halal haram di dalam agama Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan