Isnin, 17 September 2012

Seramai 30 Juta Rakyat China Masih Jadi "Manusia Gua"

Di zaman moden seperti ini, mungkinkah manusia gua masih ada? Jawapannya ada. Buktinya, sekitar 30 juta penduduk China masih tinggal di dalam gua.

Seperti dilaporkan oleh The Los Angeles Times, berjuta-juta penduduk China memutuskan untuk menggali bawah tanah dan mula tinggal dalam gua. Meski begitu, di dalamnya, terdapat banyak kemudahan seperti rumah moden pada umumnya.

Tinggal di dalam gua menjadi pilihan sebahagian masyarakat Cina kerana mereka tidak memerlukan bahan-bahan untuk membinanya. Mereka hanya perlu menggali gunung atau bukit untuk membuat rumah.

Kebanyakan rumah gua ini terletak di daerah Shanxi, kawasan yang terdiri atas tanah kuning yang mudah digali. Rumah gua yang disebut "Yaodong" ini mempunyai pintu masuk berbentuk setengah lingkaran yang ditutupi dengan kertas nasi atau karpet yang digantung.




 





 Kebanyakan yaodong tidak terlalu mewah, namun kemudahan moden seperti paip air, elektrik, dan telefon sedia ada bagi penduduk yang tinggal di sana. Meski tak boleh membeli peralatan rumah yang mewah, penduduk China yang tinggal di gua menikmati kealamian rumah mereka.

Berdasarkan laporan pada tahun 2007, sebahagian besar penghuni Yaodong adalah orang tua dan manula. Kebanyakan anak muda pindah ke bandar besar dan membina rumah-rumah konkrit. Namun beberapa dari mereka mengaku ingin kembali dan menghabiskan masa tua di rumah gua tersebut.

"Ketika saya menjadi tua, saya ingin kembali ke akar saya," kata Ren Shouhua, salah satu 'manusia gua' yang telah berpindah ke bandar, seperti dilaporkan oleh Odditycentral (22/05).

"Hidup di sini selesa dan mudah. Aku sudah tinggal di gua seumur hidupku, jadi aku tak boleh membayangkan sesuatu yang berbeza," kata Ma Liangshui, 76 tahun, penghuni gua. Liangshui tinggal dalam sebuah gua yang mempunyai satu bilik dengan tempat tidur, lubang api untuk memasak, dan elektrik untuk menyalakan satu bola lampu.

Percaya atau tidak, rumah gua ini banyak diminati. Orang-orang datang untuk menyewa rumah gua tersebut, namun tak ada yang ingin pindah. Satu rumah gua boleh dibeli dengan harga USD 46,000. Sementara untuk orang yang hanya ingin singgah, rumah gua ini disewakan dengan harga USD 30 per bulan.

Cuba perhatikan bentuk-bentuk rumah gua di China, di bawah ini.


 


 
tabekpuang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...