Sabtu, 6 Oktober 2012

Budaya Cina Mengikat Kaki..

Budaya Cina yang mengamalkan pengikatan kaki bagi wanita diamalkan secara meluas di China sejak zaman berzaman. Budaya ini dipercayai bermula 2000 tahun sebelum masihi iaitu semasa pemerintahan Dinasti Xia.

 Bagi kaum Cina, kaum wanita wajar mengikat kaki mereka bagi membezakan status mereka di kalangan masyarakat. Pendapat ketemporari menyatakan bahawa kaum lelaki bangsa Cina zaman lampau menyukai wanita yang berkaki kecil kerana ia melambangkan kecantikan dan kesuburan wanita tersebut.

Tradisi ‘ngeri’ ini melibatkan gadis seawal usia 5 tahun. Kaki mereka dibalut dengan kemas sehingga pada satu ketika, tulang-tulang di bahagian kaki gadis tersebut patah dan merengkok.

Tradisi ini beransur-ansur terhapus menjelang kurun ke-20 iaitu di zaman kolonis British mula melebarkan pengaruh mereka di Tanah Besar China. Penubuhan Republik China pada tahun 1911 menyebabkan ramai wanita mula meninggalkan tradisi kuno ini.

Sehingga ke hari ini, tradisi tersebut tidak lagi dapat dilihat di China. Yang tinggal hanyalah gambar-gambar yang menunjukkan betapa ‘seram’ dan ‘ngeri’ tradisi masyarakat Tionghua ini.

 






 

 

 

 

 

 


 
takusahrisau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...