Syidad
bin Ausi berkata, "Suatu hari saya melihat Rasulullah S.A.W sedang
menangis, lalu saya pun bertanyakan Baginda, Ya Rasulullah, mengapa anda
menangis?"
Sabda
Rasulullah S.A.W, "Ya Syidad, aku menangis kerana khuatir terhadap
umatku akan perbuatan syirik, ketahuilah bahawa mereka itu tidak
menyembah berhala tetapi mereka berlaku riak dengan amalan perbuatan
mereka."
Rasulullah
bersabda lagi, "Para malaikat penjaga akan naik membawa amal perbuatan
para hamba dari puasanya, solatnya, dermanya dan sebagainya. Para
malaikat itu mempunyai suara seperti suara lebah dan mempunyai sinar matahari dan bersama mereka itu 3,000 malaikat dan mereka membawa ke langit ketujuh."
Malaikat
yang diserahi ke langit berkata kepada para malaikat penjaga,
"Berdirilah kamu semua dan pukulkanlah amal perbuatan ini ke muka
pemiliknya dan semua anggotanya dan tutuplah hatinya, sungguh saya
menghalangi sampainya kepada Tuhan saya, setiap amal perbuatan yang
tidak dikehendaki untuk Tuhan selain daripada Allah (membuat sesuatu
amal bukan kerana Allah)."
"Berlaku
riak di kalangan ahli fiqh adalah kerana inginkan ketinggian supaya
mereka menjadi sebutan. Di kalangan para ulama pula untuk menjadi
popular di kota dan di kalangan umum. Allah S.W.T telah memerintahkan
agar saya tidak membiarkan amalnya melewati saya akan sampai selain
kepada saya."
Malaikat
penjaga membawa amal orang-orang soleh dan kemudian dibawa oleh
malaikat di langit sehingga terbuka semua aling-aling dan sampai kepada
Allah S.W.T. Mereka berhenti di hariban Allah dan memberikan persaksian
terhadap amal orang tersebut yang betul-betul soleh dan ikhlas kerana
Allah.
Kemudian
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu semua adalah para malaikat
Hafazdah (malaikat penjaga) pada amal-amal perbuatan hamba-Ku, sedang
Aku-lah yang mengawasi dan mengetahui hatinya, bahwa sesungguhnya dia
menghendaki amal ini bukan untuk-Ku, laknat para malaikat dan laknat
segala sesuatu di langit."
http://luvislam92.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan