Kadang-kadang
hati sakit bila disindir, tapi itu adalah lebih baik daripada bercakap di
belakang, bila disindir menangis sebentar tapi impak selepasnya amat besar.
Perubahan diri yang ketara dan lebih baik dari sebelumnya.
Belajarlah
menerima sindiran walaupun sebenarnya tidak begitu beradab menyindir orang.
Semuanya kerana di atas paksi kebaikan dan kemaslahatan yang lebih besar pada
masa hadapan.
Aku
bukanlah manusia yang sempurna. Mungkin pada zaman silam aku pernah melukakan
hati, mencabut rasa tenang. Mungkin kata-kataku sungguh menyakitkan hati, tiada
apa yang aku persembahkan melainkan huluran tangan memohon seribu kemaafan.
Maafkan aku bersama dengan doamu.
Aku
menulis bukan untuk memberitahu diri ini baik.
Aku
menulis hanya untuk memberitahu diri ini supaya menjadi baik.
Bersama menginsafkan diri dalam mencari keredhaan Ilahi.
Bersama menginsafkan diri dalam mencari keredhaan Ilahi.
Ambil
hati. Sakit hati. Pedih hati. Terasa hati. Bila perasaan ini dibiarkan terlalu
lama membengkak dalam hati, maka akan tidak sihatlah hati itu. Pemiliknya pun
akan muram, jauh dari keceriaan. Lebih parah lagi, menjauhkan manusia dari
Rabb-Nya.
*Mengapa tidak untuk berhusnu dzon, sedangkan itu lebih mulia.
*Mengapa tidak memahami, sedangkan kita bersaudara.
*Mengapa tidak bersikap positif, sedangkan ikhtilaf hati itu padah jawabnya.
*Mengapa tidak bersama dalam perjuangan ini, sedangkan tanggungjawab kita adalah sama.
*Mengapa tidak meluangkan masa bersama sedangkan, kita semua adalah dai'e.
Positif
menjadikan kita bersangka baik. Bersangka baik lebih menenangkan hati. Orang
hebat biasanya kerana dia hebat dalam hubungan dengan Allah. Tapi ada juga yang
hebat dunia sahaja, hubungan dengan Allah entah ke mana. Dia tidak bersangka
baik dengan Allah apatah lagi dengan makhluknya. Adab dan akhlak dalam
pengurusan hati masih lagi samar untuk diiktiraf sebagai seorang dai'e.
Sekiranya
semakin kita bijak, semakin jauh diri kita daripada-Nya, maka ada sesuatu yang
tidak kena dengan diri. Jauhkanlah sifat itu dari dalam diri.
Apa
pun, jangan resah andai ada yang membenci. Andai ada yang tidak berpuas hati.
Andai ada yang tidak menyenangi. Kerana masih ramai yang mencintai kita di
dunia. Resahlah andai Allah membenci kerana tiada lagi yang mencintai kita di
akhirat.
Nabi
SAW bersabda
"Sesungguhnya
Allah memberikan dunia kepada siapa yang dicintai-Nya dan siapa yang tidak
dicintai-Nya, tetapi Allah tidak memberikan iman kecuali kepada siapa yang
dicintai-Nya."
http://mencariertisebuahiman.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan