Teruskan Kempen 'Bebaskan Anwar 901" walau tanpa permit
SHAH ALAM - Tindakan undang-undang hanya boleh dilakukan setelah blogger, Raja Petra Kamaruddin kembali ke negara ini, kata Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Muda, Shuhaimi Shafiei.

Wakil rakyat PKR itu berkata, semua pihak termasuk pihak polis masih menunggu Raja Petra kembali ke tanah air bagi membantu siasatan termasuk berkaitan kenyataan yang ditulis dalam blognya, sebelum ini.



“Saya mencabar beliau balik ke Malaysia untuk membuktikan bahawa dakwaan beliau terhadap saya itu benar.

“Tuduhan terbaru ini adalah satu percubaan untuk memudahkan beliau kembali ke Malaysia tanpa dikenakan tuduhan yang berat oleh pihak berkuasa,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada beliau akan mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap Raja Petra, susulan dakwaan beliau bersama Adun Batu Caves Amirudin Shari terlibat dalam skandal rasuah syarikat perlombongan pasir.

Menurutnya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa tiada sebarang tindakan diambil dalam siasatan mereka pada Julai 2010, lalu.

“Oleh yang demikian, tidak timbul soal saya mengisytiharkan diri sendiri bersih dari SPRM seperti didakwa Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin,” katanya.-sinarharian