JASMINE dianggap bayi ajaib kerana selamat menjalani pembedahan walaupun baru dilahirkan.
NEWCASTLE: Seorang bayi berusia kurang dari sehari menjadi pesakit termuda dalam sejarah menjalani pembedahan jantung terbuka.Jasmine Carr hanya memiliki peluang 15 peratus untuk selamat apabila pakar bedah memulakan prosedur ke atasnya selepas 17 jam 30 minit dia dilahirkan.
Selepas doktor menyuntik Jo untuk memaksanya bersalin ketika kandungan baru berusia 37 minggu, Jasmine lahir dengan berat badan 2.3 kilogram, manakala jantungnya sebesar buah walnut.
Apabila Jasmine dikejarkan ke bilik kecemasan untuk pembedahan, ibu bapanya tidak mampu berbuat apa-apa kecuali menunggu dan berdoa.
Menurut Jo, 27, dia sangat sedih apabila diberitahu peluang Jasmine untuk hidup sangat tipis.
“Ia adalah kenyataan paling pahit untuk seorang ibu,” katanya.
Jo berkata, menunggu doktor menyempurnakan pembedahan ke atas Jasmine menjadi detik paling menekan dalam hidupnya.
Ia diketuai Dr Asif Hasan, tetapi bayi terbabit mengalami serangan jantung sehari kemudian.
Keadaan itu memaksa Jasmine tinggal hampir tiga bulan dalam wad ICU.
Dia akhirnya dipindahkan ke wad jagaan rapi menjelang Krismas tahun lalu dan doktor kini yakin Jasmine mampu pulih sepenuhnya.
Isnin lalu, dia menjalani satu lagi pembedahan untuk melebarkan saluran darah.
Pasangan suami isteri itu berharap Jasmine dibenarkan pulang ke rumah mereka di Newton Aycliffe beberapa bulan lagi.
Carr, 29, terpaksa berhenti kerja sebagai pemandu apabila Jasmine dikesan menghidap penyakit berkenaan.
Kata Carr, dia tidak dapat menggambarkan perasaannya ketika dapat menyentuh Jasmine.
“Kami akan adakan parti menyambut kepulangannya nanti,” katanya. - DM
metro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan