Jumaat, 10 Februari 2012

Orang Yang Tidak Dapat Melihat Wajah Rasulullah.

Assalamualaikum.
Suatu ketika di malam yang gelap ‘Aisyah tercari-cari jarum yang jatuh. Lalu Rasulullah SAW masuk ke dalam rumah. Betapa bercahayanya wajah Rasulullah SAW sehingga jarum yang jatuh itu dapat dilihat oleh ‘Aisyah lalu dia dapat mengutipnya. Berkata ‘Aisyah, “betapa bercahayanya wajahmu wahai Rasulullah, siapakah nanti yang tidak akan dapat melihat wajahmu ini di hari akhirat”. Jawab Nabi Muhammad SAW, “orang yang tidak dapat melihat wajahku adalah orang yang sombong terhadapku”. Tanya ‘Aisyah, “siapakah yang sombong terhadapmu ya Rasulallah?”.
Jawab Nabi Muhammad SAW, “orang yang mendengar namaku disebut dan dia tidak mengiringinya dengan berselawat kepadaku, itulah orang yang sombong kepadaku”.

Banyakkan berselawat, bukan time Maulidur Rasul je nak banyakkan selawat, tiap tiap masa..masa drive pun boleh berselawat kan?.

syazwancdm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...