Isnin, 12 Mac 2012

CHOCOLATE juga membantu kita okay !

Assalammualaikum

 Ramai kata yang chocolate ni ialah sejenis junk food yang just mendatangkan KEGEMUKAN and increasing cholestrol in our body . tapi , korang pernah rasa tak bila kita makan coklat , kita hilang stress and terus bertenaga . penah kan kan kan ? hihihihi . so kajian telah dilakukan untuk mendapatkan fakta sebenar untuk coklat ni . let's look ~

1) CHOCOLATE IS A BALANCED DIET 

coklat bukan sahaja makan yang sangat berkhasiat , malahan ia juga adalah makanan seimbang . jom kita tengok bukti ni :


  • Lemak merupakan 35% pengambilan tenaga secara purata
  • Protein kira-kira 15% daripada pengambilan tenaga
  • Karbohidrat kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga
  •  
  • so , coklat dapat menyumbangkan :
  • 15% Lemak
  • 6% Protein
  • 17% Karbohidrat
  • 15% Tenaga
  • ++ Vitamin dan Mineral yang diperlukan

2) LEMAK KOKO DALAM COKLAT JUGA MERENDAHKAN TAHAP KOLESTROL 

Lemak koko dalam coklat mengandungi 38.2% asid oleik iaitu sejenis asid lemak tidak tepu yang berperanan merendahkan paras kolesterol di dalam darah.Sementara asid sterik iaitu asid lemak tepu yang terkandung di dalam lemak koko pula mempunyai kesan neutral terhadap paras kolesterol.


3) COKLAT MENGURANGKAN RISIKO SAKIT JANTUNG


Coklat dan serbuk koko mengandungi phenol sejenis bahan kimia yang membantu mengurangkan risiko sakit jantung. Phenol bertindank dengan menghalang lemak seperti zat di dalam aliran darah daripada teroksida dan menyumbat arteri.


4) COKLAT MUDAH CAIR DALAM MULUT


Lemak koko yang merupakan bahan asas di dalam coklat mempunyai ciri-ciri kecairan yang membolehkan ia mudah cair di dalam mulut. Pertumbuhan plak gigi terhalang kerana coklat tidak tersimpan lama di dalam mulut.


5) COKLAT MEMPUNYAI BAHAN ANTI-ROSAK GIGI

Melalui kajian  yang dijalankan didapati bahawa coklat mengandungi bahan anti-kerosakan gigi seperti tannin, kasein dan asid oksalik. Tannin ialah sejenis bahan yang menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak dan asid di dalam mulut. Asid yang terhasil daripada proses pemecahan makanan oleh bakteria merupakan punca kerosakan gigi. Plak adalah sisa-sisa makanan yang melekat pada gigi akibat tindakan bakteria.

Kasein di dalam coklat sus pula bertindak mengurangkan kerosakan gigi dengan menghalang pertumbuhan plak dan seterusnya mengurangkan pengeluaran asid.
Kasein juga membantu dalam pertumbuhan gigi.
Asid oksalik merencatkan pengeluaran enzim bakteria dan seterusnya menghalang pengeluaran asid.


6) COKLAT PEMBERI TENAGA


Coklat mengandungi nilai tenaga yang tinggi dalam bentuk mudah dan padat. Oleh itu, ia amat sesuai dijadikan makanan gantian semasa menjalankan aktiviti luar seperti mengembara, mengikuti ekspedisi pendakian, bersukan serta aktiviti-aktiviti rekreasi yang lain. Coklat merupakan bekalan makanan mudah yang boleh dimakan bila-bila masa dan di mana jua.

7) PERBANDINGAN COKLAT


Coklat mengandungi nilai tenaga yang tinggi dalam bentuk mudah dan padat. Oleh itu, ia amat sesuai dijadikan makanan gantian semasa menjalankan aktiviti luar seperti mengembara, mengikuti ekspedisi pendakian, bersukan serta aktiviti-aktiviti rekreasi yang lain. Coklat merupakan bekalan makanan mudah yang boleh dimakan bila-bila masa dan di mana jua.

8) KANDUNGAN COKLAT




KandunganCoklat kosongCoklat susu
Tenaga511 kcal514 kcal
Lemak32.3 g29.0 g
Protein4.1 g8.1 g
Karbohidrat51.9 g56.1 g
Zat Besi2.3 mg0.8 mg
Kalsium29.0 mg233.0 mg
Tiamin0.04 mg0.09 mg
Riboflavin0.02 mg0.3 mg
Niasin0.4 mg0.4 mg
Vitamin A22.0 mg84.0


hanym fouzi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...