Selasa, 7 Ogos 2012

Ayat-Ayat Biasa Dengar Di Bulan Puasa

 
Biasanya bila tiba bulan puasa je... selalu je dengar ayat-ayat ni..
 
"pukul berapa dah ye?"
kejap-kejap tanya pukul berapa.. nampak sangat tak sabar nak berbuka..

"petang ni berbuka apa ya?"
kalau mak pening fikir apa nak masak unyuk berbuka tapi orang2 bujang pening fikir nak beli apa kat bazar ramadhan.







"hari ni puasa ke berapa ya..?"
tak sampai seminggu puasa dah tanya puasa ke berapa.. tu mesti tak sabar nak raya

"penatnya hari ni.."
tak kira bapak budak sekalipun mesti terkeluar ayat ini.. ringkas tapi penuh makna..

"esok malas nak bangun sahur.."
nak dapat pahala mudah tapi taknak sebab rasa tido lagi best dari sahur...

"siapa tak puasa tak dapat duit raya"
mak ayah selalu cakap macam ni kat anak-anak nak bagi anak-anak bersemangat untuk puasa... puasa sekerat hari pun jadi la....

"terawih tak malam ni?"
bila masuk 10 puasa ke atas, mulalah ayat ni keluar.. penyakit malas dah mula datang

"lambatnya raya..."
bagi orang yang suka countdown mesti takde keje lain.. kejenya menghitung hari nak raya.. dari puasa pertama dah kira hari nak raya...

.."bila puasa deno jadi lebih sihat"
 dayangdeno

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...