Jumaat, 10 Ogos 2012

Kawah di Marikh Mirip Gurun Mojave


PASADENA - Kawah Gale di planet Marikh yang menjadi tempat kenderaan robotik Curiosity mendarat kelihatan mirip Gurun Mojave, California di Amerika Syarikat (AS), menurut seorang ketua saintis.
"Pandangan pertama yang anda akan dapati adalah bagaimana ia kelihatan seperti Bumi," kata Ketua Saintis Institut Teknologi California, John Grotzinger.
 
 
 
Gambar di kawah itu dirakamkan oleh Curiosity selepas ia mendarat beberapa hari lalu.
Kenderaan robotik itu dalam misi yang dihantar Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) untuk mengesan kehidupan di planet tersebut.
NASA mendedahkan imej gambar yang dirakamkan Curiosity di kawah tersebut kelmarin.
"Ia menjadikan anda berasa seperti berada di tanah air," kata Grotzinger.
"Kita memerhatikan sebuah tempat yang dirasakan amat selesa.
"Marikh, pastinya amat berbeza dengan Bumi. Gurunnya yang dingin kerap dihujani radiasi," tambah Grotzinger.
Kenderaan robotik itu menjelajah sejauh 566 juta kilometer ke Marikh dari Bumi untuk misi penerokaan selama dua tahun.
Kos misi itu ialah AS$2.5 bilion (RM7.76 bilion)
malaysiasensasi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...