Masih lagi mengenai gajet terkecil di dunia, kali ini telefon
bimbit terkecil dan ringan yang turut dikeluarkan oleh syarikat
pengusaha elektronik dari Jepun.
Willcom baru saja memperkenalkan
sebuah telefon terbaru, Phone Strap 2 WX06A. Telefon ini turut
diperkenalkan sebagai telefon paling kecil dan paling ringan di dunia.
Dilihat dari namanya, telefon ini adalah generasi kedua dari
telefon Phone Strap. Ia memiliki dimensi yang kecil, dengan lebar 32
milimeter, panjang 70 milimeter dan ketebalan 10.7 milimeter. Beratnya
pula sekitar 32 gram.Namun telefon ini bukanlah telefon pintar, ia hanya
mempunyai fungsi asas telefon bimbit. Skrinnya hanya berukuran satu
inci dan bateri yang mampu bertahan untuk masa bercakap selama dua jam
dan 12 hari waktu sedia.
beritaharian
Macam mane nak dapatkan telifon strap 2 wx06A dekat malaysia
BalasPadam