Di
China mereka sedang giat membina lapangan terbang baru. Pembinaan
lapangan terbang baru adalah untuk membantu sektor pelancongan dan yang
paling penting sektor perindustrian mereka. Salah sebuah lapangan
terbang baru yang dibina ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Hefei
Xinqiao. Ianya mula dibina pada tahun 2008 dan dibuka Mei lalu. Lapangan
terbang ini dirasakan menarik kerana mempunyai bentuk seperti sebuah
pesawat pengebom stealth Northrop B2 Spirit milik Amerika Syarikat.
Menurut juribina, terminal lapangan terbang ini diilhamkan dari bentuk
ikan tropika. Ye ke? Tak percaya! Ia mempunyai keluasan lantai 108,500
meter persegi dan menampung 11 juta penumpang setahun. Ia akan
dibesarkan lagi menjelang 2040 bagi menampung 42 juta penumpang setahun.
Laporan asal Wiki/http://donnyien.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan