Anda mungkin mendengar perkataan “anak haram”, “anak zina”, “anak luar
nikah” dan sebagainya. Namun, hakikatnya mereka ini tidak meminta untuk
dilahirkan secara demikian. Timbul pelbagai isu tentang anak-anak ini,
sehinggakan ada yang tersilap dengan dibin/bintikan kepada bapa yang
lain yang sebenarnya bukan bapa mereka. Bagaimana kita mahu memahami
tentang hal “anak tak sah taraf” ini. Sila baca artikel ini untuk
penjelasan sebaiknya.
Keputusan:
Anak Tak Sah Taraf ialah:-
(i) Anak yang dilahirkan di luar nikah iaitu sama ada hasil daripada zina atau rogol;
(ii) Anak yang dilahirkan kurang 6 bulan 2
lahzah Qamariah dari waktu akad nikah dan dia bukan hasil daripada
persetubuhan Syubhah; dan
(iii)
Anak yang dilahirkan lebih dari 6 bulan 2 lahzah Qamariah dari waktu
akad nikah dan ada bukti dari segi syarak bahawa anak tersebut ialah
anak luar nikah melalui iqrar (pengakuan) mereka yang berkenaan (suami
dan isteri tersebut atau salah seorang daripadanya), atau 4 orang saksi yang memenuhi syarat-syarat mengikut hukum syarak.
Keterangan/Hujah:
� Pensabitan nasab kanak-kanak hendaklah mengikut kaedah-kaedah yang telah ditetapkan oleh hukum syara` sebagaimana sabda Rasulullah saw:
� Pensabitan nasab kanak-kanak hendaklah mengikut kaedah-kaedah yang telah ditetapkan oleh hukum syara` sebagaimana sabda Rasulullah saw:
Maksudnya:
�Anak itu bagi siapa yang menggauli ibunya (dalam nikah yang sah).�
(Riwayat Jama`ah melainkan Tirmizi)
�Anak itu bagi siapa yang menggauli ibunya (dalam nikah yang sah).�
(Riwayat Jama`ah melainkan Tirmizi)
� Menurut Imam Nawawi, maksud hadith di atas ialah jika seseorang
lelaki itu mempunyai isteri atau hamba, maka dia seolah-olah menjadi
hamparan tempat tidurnya. Apabila perempuan tersebut melahirkan anak
bagi suatu tempoh yang memungkinkan anak itu wujud, maka anak itu
disabitkan menjadi anaknya dan hak bagi lelaki berkenaan. Dengan itu,
berjalanlah antara mereka hukum pewarisan dan hukum-hakam yang lain.
� Terdapat tiga syarat penting yang perlu dipenuhi dalam menasabkan anak yang lahir hasil daripada pernikahan yang sah iaitu:
1. Ada kemungkinan anak tersebut adalah
daripada suami berkenaan, maknanya suami adalah orang yang mempunyai
faktor-faktor yang boleh menyebabkan kehamilan
isterinya seperti tidak lemah syahwat yang menyebabkan dia tidak mampu
menyetubuhi isteri atau dia mandul atau sebab-sebab lain yang boleh
menafikan anak itu daripada suami berkenaan.
2. Suami tidak menafikan nasab anak itu daripadanya melalui proses li`an.
3. Isteri melahirkan anak berkenaan dalam tempoh mengandung yang minimum.
� Para ulama� telah bersepakat menetapkan bahawa tempoh minimum
seseorang wanita itu hamil dan melahirkan anak ialah enam bulan.
Penentuan tempoh enam bulan tersebut adalah berdasarkan maksud dua ayat
Al-Qur’an yang menerangkan tentang masa hamil (tempoh mengandung) dan
penyusuan.
1. Firman Allah subhanahu wata`ala:
Maksudnya:
�Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.�
(Surah Al-Ahqaf 46:15)
�Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.�
(Surah Al-Ahqaf 46:15)
2. Firman Allah subhanahu wata`ala yang lain:
Maksudnya:
�Dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun.�
(Surah Luqman 31:14)
�Dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun.�
(Surah Luqman 31:14)
Daripada maksud kedua-dua ayat di atas, jika ditolak tempoh masa
penyusuan anak iaitu 2 tahun atau 24 bulan daripada tempoh 30 bulan
(masa keseluruhan hamil dan menyusukan anak), bererti masa yang bakinya,
iaitu tempoh hamil ialah 6 bulan.
� Ash-Shaykh Muhammad `Ali As-Sabuni dalam kitabnya �Rawa�i`
Al-Bayan� menyebutkan bahawa telah diriwayatkan, bahawa seorang
perempuan berkahwin, kemudian melahirkan anak setelah enam bulan
daripada perkahwinannya. Dia dihadapkan kepada khalifah `Uthman
radhiyallahu `anh. Beliau mahu merejam perempuan berkenaan, tetapi Ibnu
`Abbas berkata kepada `Uthman: �Perempuan ini, jika dia menentang kamu
dengan kitab Allah, kamu akan kalah.�
Allah berfirman:
Maksudnya:
�Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.�
(Surah Al-Ahqaf 46:15)
�Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.�
(Surah Al-Ahqaf 46:15)
Firman Allah selanjutnya:
Maksudnya:
�Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu.� (Surah Al-Baqarah 2: 233)
�Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu.� (Surah Al-Baqarah 2: 233)
Maka, tempoh hamil ialah 6 bulan dan penyusuan pula 24 bulan.
Berdasarkan dalil itu, Sayyidina `Uthman radhiyallahu `anh pun
membebaskan wanita berkenaan daripada hukuman.
� Ahmad Mustafa Al-Maraghiy di dalam kitab �Tafsir Al-Maraghiy�
turut menyebutkan bahawa tempoh kehamilan dan menghentikan anak
daripada menyusu memakan masa selama 30 bulan. Ayat 233 Surah Al-Baqarah
itu menunjukkan bahawa tempoh hamil yang paling singkat ialah selama 6
bulan dan tempoh menyusu yang paling lama ialah genap 2 tahun. Masa yang
tinggal untuk mengandung hanya 6 bulan. Dengan demikian dapat diketahui
masa mengandung yang paling pendek dan masa menyusu yang paling lama.
Orang pertama yang membuat kesimpulan ini berdasarkan ayat tersebut
ialah `Ali karamallahu wajhah yang kemudiannya dipersetujui oleh `Uthman
radhiyallahu `anh bersama para sahabat Nabi sallallahu `alayhi
wasallam. Muhammad Ishaq iaitu pengarang kitab �As-Sirah� meriwayatkan
daripada Ma`mar ibn `Abdullah Al-Juhaniy yang berkata:
�Ada seorang lelaki dari kalangan kami
yang mengahwini seorang wanita daripada Bani Juhaynah. Wanita itu
melahirkan anak setelah perkahwinannya genap selama enam bulan. Maka
suaminya menemui `Uthman radhiyallahu `anh untuk menceritakan perkara
tersebut. Selepas itu, `Uthman pun menyuruh wanita itu menemuinya, dan
ketika wanita itu mahu memakai pakaiannya, saudara perempuannya pun
menangis. Lalu wanita itu berkata kepadanya,
�Mengapa kamu menangis?
Demi Allah, tidak ada seorang pun antara makhluk Allah subhanahu
wata`ala yang telah mencampuri aku sama sekali selain dia. Kemudian
Allah subhanahu wata`ala pun memberi keputusan kepadaku menurut
kehendakNya.� Ketika wanita itu ditempatkan di hadapan `Uthman, maka
`Uthman pun menyuruh wanita itu direjam.
Apabila perkara itu didengar oleh `Ali,
beliau pun menemui `Uthman lalu berkata: �Apakah yang kamu lakukan?�
`Uthman pun menjawab: �Wanita itu bersalin setelah usia perkahwinannya
genap enam bulan dan mustahil perkara ini berlaku.� `Ali pun berkata
kepadanya: �Tidakkah engkau membaca Al-Qur�an?� �Tentu�, jawab `Uthman.
`Ali pun berkata lagi: �Tidakkah engkau mendengar Allah subhanahu
wata`ala berfirman: �Mengandungnya sehingga memutuskan susu itu selama
30 bulan.�
FirmanNya pula: �… selama enam bulan
penuh.� Kamu dapati bakinya hanya enam bulan. Kemudian `Uthman pun
berkata: �Demi Allah, aku tidak berfikiran sejauh itu. Bawalah ke mari
wanita itu.� Ternyata wanita itu benar-benar telah dipersiapkan untuk
menerima hukuman.� Ma`mar pun berkata: �Demi Allah, tidak ada gagak yang
serupa gagak, dan tidak ada telur yang serupa telur sehingga melebihi
persamaan anak itu dengan bapanya.� Ketika ayahnya tahu, beliau pun
berkata: �Anakku, demi Allah, aku tidak ragu mengenainya.�
Diriwayatkan juga bahawa Ibn `Abbas berpendapat apabila ada wanita
yang bersalin setelah mengandung sembilan bulan, maka cukuplah baginya
untuk menyusui anaknya selama 21 bulan. Seterusnya apabila wanita itu
bersalin setelah mengandungkan anaknya selama tujuh bulan, hendaklah dia
cukupkan baginya untuk menyusui anaknya selama 23 bulan. Begitu juga
apabila dia bersalin setelah mengandung selama enam bulan, hendaklah dia
menyusui anaknya selama dua tahun secara genap.
� Oleh yang demikian, para ulama� telah menetapkan hukum bahawa
mana-mana anak yang dilahirkan dalam tempoh enam bulan atau lebih yang
dikira daripada masa suami isteri boleh bersatu melalui nikah yang sah,
maka nasab anak tersebut disabitkan kepada suami wanita berkenaan pada
zahir sahaja dan berjalanlah segala hukum-hakam nasab ke atasnya.
Sebaliknya, jika anak tersebut lahir kurang daripada enam bulan, maka
nasabnya tidak bersambung dengan suami kepada ibu atau wanita yang
melahirkan anak berkenaan. Anak tersebut hendaklah dinasabkan kepada ibu
yang melahirkannya sahaja dan jika hendak dibin atau dibintikan, boleh
dinasabkan kepada ibunya atau kepada nama `Abdullah atau salah satu
daripada Asma�ullah Al-Husna.
� Tersebut di dalam kitab �Hasyiyah Al-Bayjuri `Ala Fath Al-Qarib� dan kitab �At-Tuhfah� karangan
Al-Imam Ibn Hajr bahawa enam bulan itu dikira tiap-tiap bulan
daripadanya 30 hari. Ini bererti enam bulan itu ialah 180 hari dan dua
lahzah pula ialah tempoh persetubuhan (lahzah ad-dukhul) dan tempoh
mengeluarkan anak (lahzah al-wiladah).
Pendapat ulama� Syafi`i bahawa tempoh hamil yang paling minimum
adalah dalam tempoh 180 hari itulah juga yang menjadi pendapat jumhur
ulama�, melainkan Imam Malik yang menyatakannya 175 hari. Bahkan
terdapat sebahagian negara seperti Syria telah menetapkan dalam
undang-undangnya bahawa tempoh minimum hamil atau mengandung itu ialah
180 hari. Pengiraan 180 hari itu bermula dari waktu suami isteri itu
boleh bersatu yang memungkinkan anak itu lahir daripada benih suami
berkenaan setelah `aqad nikah yang sah.
� Oleh yang demikian, mana-mana anak yang dilahirkan kurang daripada
enam bulan dan dua lahzah atau kurang 180 hari daripada tarikh mereka
boleh bersatu setelah `aqad nikah yang sah, maka anak itu tidak boleh
dibin atau dibintikan kepada suami perempuan yang melahirkannya. Dalam
erti kata yang lain, anak tersebut tidak bersambung nasabnya dengan
lelaki yang menjadi suami kepada perempuan yang melahirkannya.
Status Penwartaan:
Diwartakan
Nombor Rujukan:
PMM/0020 Jld.6
Akta/Enakmen:
M.P.U. 42pautan
* Artikel ini dipetik drp blog saudara Marzuki di pautan berikut: http://bfs131.blogspot.com/2011/02/anak-tak-sah-taraf.html
panduan percuma
Tiada ulasan:
Catat Ulasan