Selepas banjir besar yang melanda dunia, bergitu banyak tamadun telah
lenyap. Dan mereka yang tinggal perlu membina balik tamadun yang telah
lenyap itu. Oleh itu, mereka yang terselamat telah mendirikan tamadun
masing-masing. Antara mereka yang terselamat adalah Nuh as dan 3 orang
anak lelaki baginda.
Diriwayatkan bahawa bangsa-bangsa kulit hitam iaitu bangsa Afrika
berasal daripada salah seorang daripada 3 anak Nabi Noah iaitu Ham. Sulur galur keluarga Ham dikenali sebagai Hamitik atau Hamitic. Ham mempunyai 4 orang anak iaitu Kush(Cush), Mizraim, Phut dan Kanaan(Canaan).
Kush mempunyai 6 orang anak yang masing-masing telah merantau mencari wilayah untuk diduduki. 6 orang anak Kush adalah:
- Seba: membuka wilayah di Yemen dan Habysah.
- Havilah,: Selalu dikaitkan dengan sebahagian semanjung Arab berdekatan Laut Merah.
- Sabtah: Membuka wilayah di Hadramaut. Hadramaut adalah wilayah di timur Yaman. Kulit mereka gelap berbeza dengan mereka daripada Yaman barat.
- Raamah: Sulur galur kepada etnik Rhammanite yang tinggal di Timur Barat Semanjung Arab.
- Sabtechah: Salur galur etnik Sabaean yang tinggal di perlabuhan di Habsyah
- Nimrod: Pengasas kerajaan Babel, Akkadia, Sumeria, dan beberapa bandar-bandar di Assyria. Para cendiakiawan masih mengkaji sama ada Asshur(anak kepada Sham ben Nuh) atau Nimrod yang mengasaskan tamadun Assyria.
Sumpahan Kaum Ham
Menurut kaum Yahudi dan Kristian, mereka
amat mempercayai bahawasanya Kaum Ham atau Hamitik terkena sumpahan
akibat Ham ben Nuh telah mengintai Nuh dalam keadaan bogel tanpa sehelai
benang akibat mabuk. Nuh berang kerana Ham telah menyebabkan baginda
menanggung malu kepada 2 orang anak baginda yang lain. Akibatnya, Ham
telah disumpah keturunannya melalui anak bongsunya iaitu Kanaan(Canaan). Sumpahan Nuh dinyatakan dalam Taurat, Genesis 9:20-27:
20 And Noah began to be an husbandman, and he planted a vineyard: 21 And he drank of the wine, and was drunken; and he was uncovered within his tent. 22 And Ham, the father of Canaan, saw the nakedness of his father, and told his two brethren without. 23
And Shem and Japheth took a garment, and laid it upon both their
shoulders, and went backward, and covered the nakedness of their father;
and their faces were backward, and they saw not their father’s
nakedness. 24 And Noah awoke from his wine, and knew what his younger son had done unto him. 25 And he said, Cursed be Canaan; a servant of servants shall he be unto his brethren. 26 And he said, Blessed be the LORD God of Shem; and Canaan shall be his servant. 27 God shall enlarge Japheth, and he shall dwell in the tents of Shem; and Canaan shall be his servant.
Hubungan Sumpahan Ham dengan kejadian masakini
Dipercayai, aktiviti penghambaan yang
bergiat aktif pada abad ke-19 adalah kerana sumpahan Nuh terhadap Ham.
Bangsa Afrika terpaksa menjadi hamba di negara yang terkenal dengan
sistem penghambaan iaitu Amerika Syarikat. Aktiviti mula berhenti
apabila Abraham Lincoln berkempen menamatkan penghambaan dalam sistem
Amerika Syarikat. Dikatakan juga, sumpahan Ham hanyalah untuk
menghalalkan cara mereka untuk membenarkan aktiviti penghambaan kaum
kulit putih.( Kaum Eropah dikatakan berasal daripada anak Nuh, Yafits)- akan dibahaskan dalam bahagian seterusnya.
Bergitu juga, jika di selongkari lebih jauh,
wilayah Canaan juga menerima tamparannya apabila wilayah mereka
terpaksa diserahkan kepada Kaum Israel( Israel dikatakan berasal daripada anak Nuh, Sham)-akan dibahaskan dalam bahagian seterusnya kelak.
Walaubagaimanapun, di dalam Al-Quran tidak
dinyatakan langsung perihal Sumpahan Ham oleh Nuh as. Dan persendaan
mereka terhadap Nuh as yang dikatakan mabuk sehingga bogel amat-amat
memalukan martabat Nuh sebagai Rasul pilihan Allah. Dan Rasul Allah ini
adalah maksum, terlindung daripada melakukan dosa-dosa besar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan