Mir Mine atau Mirny Mine adalah lombong berlian berupa lubang besar terbuka yang terletak di Mirny , Siberia Timur , Rusia.
Lombong ini mempunyai kedalaman 525
meter dan berdiameter 1,200 meter . Lombong ini menjadi lombong terbesar
kedua di dunia selepas Bingham Canyon Mine . Ruang udara diatas lombong
ini ditutup bagi helikopter kerana beberapa kemalangan yang berlaku di
mana mereka disedut kedalam akibat udara yang mengalir ke bawah lubang .
Lombong ini ditemui pada 13 Jun , 1955
oleh ahli geologi Soviet , Yuri Khabardin , Ekaterina Elagina dan Viktor
Avdeenko dalam Ekspedisi Amakinsky di Yakut ASSR . Mereka mencari jejak
batu volkanik kimberlite yang biasanya dihubungkan dengan berlian .
Atas penemuan ini , pada tahun 1957 Khabardin dianugerahi Lenin Prize.
Di samping pengaruh iklim yang cukup
merumitkan , pada tahun 1960 lombong ini menghasilkan 10,000,000 berlian
per tahun . Berlian terbesar di lombong itu ditemui pada 23 Disember
1980 , dengan berat 342.5 karat atau 68 gram dan diberi nama ” 26th
Congress cpsu ” .
Perkembangan yang amat pesat dari
lombong ini membuat De Beers bimbang, syarikat yang saat itu menjadi
pengedar berlian terbesar di dunia . De Beers harus membeli berlian
Rusia untuk mengawal harga pasaran , dan oleh kerana itu harus
mengetahui sebanyak mungkin perkembangan lombong itu .
Pada tahun 1970 , eksekutif De Beers ,
Sir Philip Oppenheimer dan ahli geologi Barry Hawthrone tiba melawat
lombong di Mirny meskipun hanya mempunyai masa 20 minit kerana batas
visa mereka akan segera habis . Namun demikian mereka sudah cukup
mendapatkan maklumat penting yang ingin mereka perlukan .
Selepas beroperasi selama 44 tahun ,
pada 2001 lombong itu ditutup . Selepas kejatuhan USSR ( Soviet Union ) ,
pada tahun 1990-an , lombong itu dikendalikan oleh syarikat berlian ,
Sakha yang mencatatan jualan berlian tahunan sebanyak $ 600juta .
Saat ini tambang itu dikendalikan oleh Alrosa , syarikat berlian terbesar di Rusia dengan 3600 pekerja .
Pada tahun 1970an , pembinaan dilakukan
dengan membina rangkaian bawah tanah . Pengeluaran berlian dengan kaedah
ini bermula pada tahun 1999 dan dijangka akan berlangsung selama 27
tahun kehadapan . Anggaran ini berdasarkan kedalaman 1220 meter . Dan
untuk menstabilkan lubang utama yang terbengkalai , bahagian dasarnya
disalut oleh serpihan setebal 45 meter .
zamrispoon blogsport
Tiada ulasan:
Catat Ulasan