ANDA pernah difitnah, dikata dan di umpat orang? Pasti ramai yang pernah
mengalami situasi seperti ini. Sudah tentu kita akan berasa
marah,tertekan, malu dan bercampur baur perasaan ketika itu.
Menjauhi Ghibah
Sebagai umat Islam, kita di larang untuk menfitnah, mengata atau
menceritakan aib orang lain (ghibah) kerana ia merupakan perbuatan dosa.
Kita dituntut menjaga lidah daripada berkata-kata kecuali yang baik dan
bermanfaat sahaja. Kadangkala yang harus dan tidak haram itu boleh
terseret menjadi haram atau makruh tanpa sedari.
Jika berkumpul atau bersembang dengan kawan-kawan atau saudara-mara,
jauhilah perbuatan mengata ini. Jika ada yang memulakannya, mintalah
agar berhenti atau tinggalkan sahaja kumpulan itu. Bimbang kita juga
turut berdosa.
Firman Allah,
"Dan apabila mereka mendengar perkataan yang tidak bermanfaat, mereka berpaling daripadanya dan berkata: "Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu, kesejahteraan atas dirimu, kami tidak ingin bergaul dengan orang yang jahil"(Surah al-Qasas ayat 55)
Kesan Ghibah
- Pergaduhan dan perselisihan faham
- Tidak bertegur sapa, bermasam muka sehingga memutuskan tali silaturrahim
- Perpecahan dalam masyarakat umat Islam
Ubat Mengumpat oleh Ibn Wahb al-Fihri
Antara kaedah yang amat berkesan untuk mengelakkan diri daripada
terjebak dalam maksiat mengumpat ini adalah seperti yang dilakukan oleh
Ibn Wahb al-Fihri. Tabii yang alim ini telah menghukum dirinya dengan
berpuasa sunat dan menderma sebanyak satu dirham yang menyamai RM25 atas
setiap umpatan yang dilakukan.
Kesimpulan
Jagalah pancainderadan hati kita daripada terlibat dengan fitnah.
Muhasabah keburukan diri sendiri dahulu sebelum mengeji orang lain. AKui
bahwa diri kita juga banyak kelemahan diri, justeru tidak berbaloi
apabila kita sibuk mencari kelemahan orang sehingga mengakibatkan mereka
pula akan mendedahkan kelemahan kita.
http://www.menulismenconteng.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan