Petua untuk membuat asam pedas yang sedap
1. Gunakan ikan segar kerana kuah asam pedas automatik sedap dan manis
jika kita guna ikan segar berbanding dengan ikan lama. ( ikan yang tak
segar masak apa pun tak sedap!)
2. Jangan guna cili boh atau cili kisar yang di jual dipasaran kerana
bahan pengawetnya mencacatkan rasa. Guna cili kering dan kisar sendiri.
3. Gunakan kunyit hidup. ( Jangan guna serbuk serbuk kunyit, kerana rasanya tak sedap)
4. Untuk pekatkan kuahnya jangan lebihkan cili kering kerana ia akan
meningkatkan kepedasannya. Kisar 2-3 biji buah tomato dan masukkan
kedalam tumisan asam pedas. Confirm kuah akan pekat. Lagi pula buah
tomato sangat baik untuk kesihatan kerana ia mengandungiLikopen ( antioksida ).
5. Semasa menumis cili dan bawang pastikan ia betul-betul telah naik minyak barulah di tambah air.
6. Sesuaikan rasa ikut citarasa masing2. Seimbangkan rasa masin dan masam lebih sedikit berbanding rasa manis.
7. Ikan yang sedap dimasak asam pedas, sembilang, tenggiri, kembung,
patin dan mayong. Ikan-ikan lain boleh juga, tak ada masalah.
8. Bahan sampingan yang sesuai di masukkan dalam masakan ini ialah
nenas, belimbing buluh, mangga muda, bendi, terung, daun kesum, bunga
kantan, daun limau purut dan daun buas. Gunakan bahan tersebut
bertukar-tukar untuk mengelakkan kebosanan dengan rasa asam pedas yang
sama.
Selamat mencuba!
Resepi Asam Pedas Ikan Kembung
Bahan-bahannya
3-5 ekor ikan kembung ( disiang dan dibersihkan)
10-20 cili kering ( dikisar)
1 labu bawang besar ( dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia ( dikisar)
1/2 inci kunyit (dikisar)
sedikit belacan ( option)
2 biji Tomato ( di kisar)
sedikit daun kesum
4-8 biji bendi
Air asam jawa/asam gelugur/air limau nipis secukupnya
garam, gula & perasa.
10-20 cili kering ( dikisar)
1 labu bawang besar ( dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia ( dikisar)
1/2 inci kunyit (dikisar)
sedikit belacan ( option)
2 biji Tomato ( di kisar)
sedikit daun kesum
4-8 biji bendi
Air asam jawa/asam gelugur/air limau nipis secukupnya
garam, gula & perasa.
Cara membuatnya
1. Tumis bahan kisar dan belacan ( jika suka) kecuali buah tomato hingga naik minyak.
2. Masukkan buah tomato kisar, air asam jawa dan air secukupnya.
3. Apabila kuah mengelegak masukkan ikan kembung dan bendi.
4. Apabila ikan masak sesuaikan rasa dan last masukkan daun kesum.
5. Kacau seketika dan angkat.
2. Masukkan buah tomato kisar, air asam jawa dan air secukupnya.
3. Apabila kuah mengelegak masukkan ikan kembung dan bendi.
4. Apabila ikan masak sesuaikan rasa dan last masukkan daun kesum.
5. Kacau seketika dan angkat.
inur-ceritainsandiperantauan.blogspot.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan