Rabu, 27 Mei 2015

Perkara Yang Spoilkan Mood Korang Pagi-pagi Buta

PerkaraYangBuatKorangMarah 

Korang pernah tak rasa nak marah tahap dewa tapi tak dapat nak lepaskan sebab benda tu perkara kecil je.
Kadang-kadang habis korang menyumpah kat orang/benda tu, jadi  kat sini kitaorang nak share sikit pasal apa korang sampai nak menyumpah tu, kitaorang sendiri kadang-kadang ada kena tau.




1. Bangun Pagi Nak Pergi Kelas, Kelas Cancel!

PerkaraYangBuatKorangMarah2
Benda ni selalu jadi dekat student, lifestyle budak-budak belajar ni tidur lewat lepastu liat nak bangun awal. Lepas siap-siap semua tiba-tiba dapat whats app class cancel! Haish, sia-sia je dah bazir masa tidur korang.

2. Lupa Nak Tekan Save

PerkaraYangBuatKorangMarah3
Haaa…kalau yang ni memang kena maki namanya, walaupun salah sendiri. Berhempas pulas buat kerja sampai tak tidur semalaman last-last laptop hang dan korang lupa nak save. Kami sendiri pernah terkena buat assignment yang lecturer bagi 3 bulan lepas baru nak buat, syok-syok bila dah siap main tutup he, part paling best lepas tekan x tu terus tekan butang “no” sebab dah mamai. Kau rasa? Tulah buat lagi last minit, padan muka aku!

3. Yang Nak Jimat Space Mesej “K”

PerkaraYangBuatKorangMarah4
Yang ni pun jenis-jenis yang minta penampar, kadang-kadang kita cerita panjang-panjang dia cuma jawab “k”. Paling sakit hati kalau kitya inform dia benda-benda penting, tapi kalau korang jenis yang suka membebel tak kena masa memang patut kena pun.

4. Kitaorang Bukan Escort Korang



PerkaraYangBuatKorangMarah6
Haaa.. ni lagi satu, macam dia sorang je yang nak bershopping, kalau turn kita pula beli baju tahu pula nak mengeluh suruh cepat lah, penat lah. Tapi kalau turn dia, amboi siap minta tolong pegangkan barang dia lagi.

PerkaraYangBuatKorangMarah7

5. Aduhh! Jammed Pulak

PerkaraYangBuatKorangMarah8
Dah jammed tu satu, lagi satu kalau dapat orang depan bawa kereta macam siput. Kalau ya pun nak cermat pergilah belah kiri bang/kak oi!!..Alahai!

6. Tunggu Member Datang Lepak

PerkaraYangBuatKorangMarah9
Beria nak ajak lepak suruh datang tepat masa, tapi dia sendiri lambat, jalan jammed konon. Bila call kata on the way tapi kantoi terdengar bunyi baru tutup pintu kereta.

7. Makanan Sampai Lambat/Dah Habis!

PerkaraYangBuatKorangMarah10
Yang peliknya orang bukan ramai pun, tapi kenapa nak order ais kosong dengan roti canai 2 keping sampai 45 minit? Lagi satu, bila teringin nak makan sesuatu sampai-sampai je kata dah habis sakit hati tak?

Kalau korang ada juga perkara yang buat korang nak marah selain daripada kat atas ni, boleh komen ye.
oh bulan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...