Ahad, 24 Mei 2015

Sebab Kenapa Kita Makan BERLEBIHAN Sampai Berat Naik 10Kg Seminggu

Assalamualaikum

Antara masalah biasa yang kita dengar kalau kita makan berlebihan, adalah KEGEMUKAN. Selalu je kita dengar, kawan kawan kita cakap, "kau ni makan banyak, gemuk kang tahu la!" Mesti rasa macam nak bertumbuk je dengan kawan tu kan? Haha. Yela tengah syok makan kot! So kenapa agaknya kita ni tanpa sedar boleh makan secara berlebihan? Check it out!
 
 
 

1. TELEVISYEN
Iklan makanan yang disiarkan dekat TV selalunya mesti menggoda kita untuk nak makan benda tu kan? Bukan bulan puasa je kita tak dapat kawal nafsu makan bila tengok iklan iklan macam tu, tapi hari biasa pun boleh buat meleleh air liur. Aku pun pernah je, lepas tengok iklan Maggi Chef Kari dekat iklan, terus mintak hubby belikan maggi. Adoi pengaruh betul!

2. BERSAMA KAWAN DAN KELUARGA
Peluang berkumpul dengan kawan dan keluarga memang best. Tapi kadang kadang bila berkumpul, buat makan makan, mesti ramai yang tewas dengan godaan makan berlebihan. Selagi tak habis borak, mulut tu tak pernah berhenti mengudap! Betul tak?

3. MAKAN TIDAK IKUT WAKTU
Ada orang kata, elak makan tengahari boleh bantu kuruskan badan. Tapi sebenarnya salah tu! Sebab bila kita skip waktu makan yang sepatutnya kita makan, benda tu akan mendorong kita untuk makan dalam kuantiti yang banyak pada waktu petang atau malam. Bahaya tau makan banyak waktu malam! Sebab lepas kita makan, kita akan tidur. Lemak terus berkumpul :)

4. KURANG AKTIVITI
Selalunya kalau kita sibuk bekerja, sampai kita lupa kudapan. Tapi kalau kita tak tahu nak buat apa, contohnya kita cuti haritu, duduk rumah rehat, komfem selalu patah balik bukak peti ais cari kudapan. So maybe lepas ni kena banyakkan aktiviti, sibukkan diri supaya kita lupa untuk mengudap!

5. SUKAR TIDUR
Pernah tak ada hari yang kita susah nak lelapkan mata, lepas tu kita keluar minum dekat kedai mamak dengan kawan kawan? Ok. Kalau tiap tiap malam susah nak tidur, komfem kita akan tiap tiap malam cari makanan, dan komfem berat naik 10kg seminggu. hehe
http://getmedean.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...