Ahad, 31 Mei 2015

Sarinja Terima Hidayah, Kongsi Keindahan Islam


PASTI ramai yang tertanya-tanya siapakah gadis yang digelar Sarinja ini?

Mungkin ada yang terpinga-pinga memikirkan kenapakah nama itu kini menjadi sebutan menerusi laman-laman media sosial sekarang.

Rata-rata netizen kini sangat mengagumi serta mendapat inspirasi daripada gadis kacukan Sweeden-Thailand ini kerana berjaya memperoleh hidayah Allah SWT dan kini sering berkongsi pengalaman istimewanya sebagai saudara baharu dalam Islam.




Baru sahaja memeluk Islam pada 13 Februari lalu, Sarinja yang berusia 20 tahun itu kini aktif berkongsi pendapat tentang keindahan agama barunya itu menerusi laman sosial Tumblr.

Namanya kembali mekar dalam ingatan pengguna media sosial selepas dia selamat bergelar isteri kepada jejaka yang juga kacukan Thailand-Pakistan semalam.

tumblr_np42x9Zx311tixm2vo2_1280
tumblr_np42x9Zx311tixm2vo1_1280
Berkat aturan ibunya, Sarinja atau dahulunya dikenali dengan nama Camilla Jonsson, memberitahu kepada salah seorang pengikutnya menerusi laman itu kisah bagaimana dia bertemu dengan suaminya.

Jika dibandingkan dengan imej dirinya yang terdahulu, Sarinja atau nama Islamnya, Aamilah, dia jauh lebih baik serta menginsafkan.

sarijas
Untuk makluman anda, Sarinja suatu ketika dulu pernah terkenal beberapa tahun lalu menerusi video ‘sweet‘ mengisahkan hubungan cinta jarak jauhnya bersama bekas teman lelakinya.
Gembira dengan perubahan Sarinja sekarang, dia mula dijadikan contoh ikutan oleh gadis-gadis di luar sana, semoga dia kekal di jalan yang benar bersama suaminya.
sarinjatweet
Itulah yang dikatakan dengan kebesaran kuasa Allah, Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk umatnya.
mynewshub

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...