Khamis, 14 Mei 2015

Resepi Kuih Kaswi Gandum.. lembut!

http://1.bp.blogspot.com/-NJaIBpNfBss/T7wmUZHRUdI/AAAAAAAAHaY/mkbGJywqJmI/s1600/kaswi2.JPG 
Assalamualaikum..
Kuih ni buat semalam,semalam buat..semalam gak abis. Tak pernah buat kaswi terus habis pada hari yang sama..hehe.. sedap laa maknanya tu kan. Diakui oleh ramai yang telah mencubanya.. Korang tak cuba lagi? cubalah!



Kaswi Gandum
Resepi : Chef Hanie liza - Fotopages
Sumber : Izahdaut, Anna & MasDuniaku.By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan Sirap :
5 cawan air
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
1tsp browning sugar-hasue tambah
* Mas ikut Izah tambah beberapa helai daun pandan

Masakkan semua dan sejukkan.

Bahan :
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kanji @ ubi @ jagung
1 sudu kecil kapur kueh - optional - Kali ni Mas x letak
Kelapa parut - yang muda
Sedikit garam

Cara:
Panaskan kukusan.
Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan. Lapikkan pelastik saiz loyang.
Bancuh semua bahan hingga sebati dan tapiskan. Tuangkan dalam loyang.
Masakkan sehingga masak ( 30 minit ).
Tunggu sehingga sejuk baru boleh potong dengan pisau pelastik.
Kelapa muda digaulkan sedikit garam.
Lumurkan kaswi yang dipotong bersama dengan kelapa tadi.
http://sue-hasue.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...