Ahad, 24 Mei 2015

Kenapa kita suka kritik orang?

Saya lihat, kita ni suka betul mengkritik. Suka benar menyalahkan orang lain. Hampir dalam semua hal, kita suka tuding jari pada orang lain.

kritik
Bukan tak boleh nak kritik.

Sudah tentu, boleh saja kita menyatakan ketidaksetujuan. Kita memang ada hak bersuara. Bebas untuk meluah pendapat dan sebagainya…




Tapi sebagai seorang mukmin (orang Islam), kita ada adab yang perlu dijaga.

Antara adab dalam mengkritik ialah ;
  • motif mesti jelas
  • kritikan yang membina, bukan kritikan menghina
  • tak melampaui batas
  • menggunakan bahasa dan perkataan yang sesuai
  • kritik mesti kena pada tempatnya
Kalau kita sekadar mengkritik nak tunjuk perasaan, nak lepas geram dan kritik dengan penuh emosi… lebih baik tak payah.

Sebab kritikan tu hanya menunjukkan ketidakmatangan kita. Ia mencalarkan kewibawaan. Malah boleh menjatuhkan air muka kita sendiri.

Pada saya, kritikan, makian, kutukan dan yang ‘sewaktu’ dengannya, tak membantu langsung untuk selesaikan apa-apa masalah.


Kritikan, celaan, kejian itu ia hanya menyemarakkan lagi kebencian, dendam dan sangka buruk yang tak berkesudahan.

Ia akan melahirkan rasa besar diri, sombong, angkuh dan bongkak dalam diri.

Perasaan belas kasihan, rahmat, tolak ansur, sangka baik dan kasih sayang akan hilang. Sedangkan inilah sifat-sifat yang perlu ada dalam diri seorang mukmin. Sifat-sifat inilah menjadi asas pembentukan akhlak mulia dan peribadi kita.

Oleh itu saya menyeru kepada semua. Untuk kita sama-sama mengurangkan kritikan, apatah lagi celaan dan kejian kepada orang lain.

Hatta kita di pihak yang benar sekalipun, jagalah lidah kita. Jaga akhlak. Jaga adab yang digariskan dalam Islam.

Semoga kita tak termasuk dalam golongan orang yang suka mengkritik.
 pakar how to

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...