Wajarkah kita menuding jari kepada sesuatu pihak?
Hakikatnya, fenomena kecelaruan dalam kehidupan ini sebenarnya
berpunca daripada kurangnya kualiti kerohanian dalam sesuatu institusi
keluarga itu, tidak kiralah samada keluarga itu keluarga Cina (dgn agama
budha dan kristiannya), India (dgn agama hindunya) dan lebih-lebih lagu
keluarga Melayu dengan agama Islamnya. Dengan kata lain, masalah
kepincangan masyarakat yang wujud sekarang ini tidak akan wujud
sewenang-wenangnya jika sekira setiap institusi keluarga memainkan
peranan masing-masing dari sudut kerohaniannya.
Sebagai umat Islam, bagaimanakah kita boleh membentuk satu keluarga
yang benar-benar berkualiti dan bahagia? Antara cabaran yang paling
hebat pada hari ini ialah untuk membina rumahtangga
yang aman dan berkualiti bagi melahirkan ahli keluarga yang sejahtera
dan seimbang. Keluarga yang stabil tidak boleh didefinisikan berdasarkan
keupayaan sumber kewangan semata-mata kerana banyak keluarga yang
sememangnya kurang dari segi kewangan, berjaya melahirkan ahlinya yang
baik dan berguna di dalam masyarakat. Sebaliknya keluarga yang
berkualiti mampu melahirkan individu-individu yang tenang seperti mana
firman Allah dalam Surah Ar-Rum ayat 21 yang bermaksud:
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu senderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”
Ketenangan ini juga merupakan pra-syarat kepada kecemerlangan dan
kebahagiaan dunia akhirat seperti firman Allah SWT dalam surah Al-Fajr,
ayat 27-30 dengan maksudnya:
“Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati lagi diredhai. Serta masuklah engkau ke dalam kumpulan hamba-hambaKu yang berbahagia dan masuklah ke dalam syurgaKu..”
Oleh itu marilah kita sama-sama berusaha se daya yang mungkin untuk
mewujudkan satu institusi keluarga yang utuh dan berkualiti demi
menjamin masa depan anak-anak kita di masa hadapan. Sehubungan dengan
itu, di sini saya senaraikan 10 tip utama dalam membina keluarga yang
berkualiti:
1. Melaksanakan syariat Islam dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh, senantiasa mendoakan kesejahteraan dan keselamatan ahli keluarga dan berakhlak mulia. Kata-kata yang baik dan penghargaan mesti menjadi amalan harian seisi keluarga.
2. Memupuk dan mempamerkan kasih sayang tanpa syarat. Era telekomunikasi sekarang seharusnya digunakan semaksima mungkin untuk berkomunikasi dan menyatakan sayang sesama ahli keluarga. Kanak-kanak sebagai contohnya lebih gemar dan ghairah berbual melaui telefon, manakala pasangan suami isteri mungkin lebih mudah menyatakan sayang melalui SMS.
3. Sentiasa peka pada perasaan ahli kelurga dan bertanya tentang perassan mereka. Elakkan diri daripada membuat andaian tentang sesuatu keadaan, malah keraplah bertanya tentang perassan secara peribadi.
4. Memahami gender dan tahap umur ahli keluarga; contohnya kanak-kanak, remaja dan warga tua. Ini akan membantu kita menjadi lebih peka pada perubahan-perubahan yang berlaku yang dilalui oleh ahli keluarga dan menghormati mereka secara hikmah.
5. Berkongsi masalah dengan ahli keluarga. Masalah akan menjadi lebih terurai dan kecil bila diceritakan kepada ahli keluarga yang memahami dan menjadi pendengar yang baik, bersikap terbuka, memberi nasihat dan sokongan� kepada alternatif lain yang boleh menyelesaikan masalah yang dihadapi. Galakkan anak-anak memberi pandangan dan meluahkan perasaan mereka sejak kecil kerana ini menyebabkan mereka mempercayai kita ahli keluarga dan memudahkan mereka menyuarakan masalah mereka. Ahli keluarga pula secara total memberi bantuan dan sokongan untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi sebaik dan secepat mungkin.
6. Mencintai ilmu dan sentiasa menimba ilmu dan berusaha untuk kemajuan diri. Ilmu yang baik terutama ilmu agama haruslah� sentiasa diterapkan agar ianya menjadi perisai keburukan dan insentif� kepada kebaikan. Setiap ahli hendaklah sentiasa menyokong kemajuan ahli yang lain dalam pelbagai bidang seperti pelajaran, sukan, kerjaya mahupun dakwah.
7. Amalan berbincang, bermuhabah dan tegur menegur antara ahli keluarga dapat membantu membentuk peribadi yang mulia.
8. Lakukan aktiviti-aktiviti masa berkualiti bersama ahli keluarga seperti� bergurau, bercerita dan bersukan bersama seperti bermain badminton, congkak, atau pun sekali-sekala boleh berriadhah di pantai, melawat tempat-tempat menarik dan sebagainya. Aktiviti sebegini boleh menenangkan fikiran dan mendamaikan jiwa lebih-lebih lagi anda sentiasa menghadapi kehidupan seharian yang serba cepat dan menekan.
9. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Bantu membantu dalam amalan seharian rumahtangga amat diperlukan. Jadi setiap ahli bertanggungjawab dengan rutin seharian seperti membasuh pinggan sendiri selepas makan, mengemaskan bilik masing-masing dan membantu ibubapa dimana perlu. Dengan kata lain, pastikan setiap ahli keluarga berfungsi agar tidak ada pihak yang tertekan atau terbeban dengan kerja yang tidak sepatutnya dibuat mereka.
10. Sentiasa mengaktifkan diri dengan aktiviti-aktiviti sihat bersama jiran dan masyarakat setempat seperti bergotong-royong membersihkan kawasan, melibatkan diri dalam sesuatu majlis seperti perkahwinan dan juga aktiviti riadah seperti bersukan. Galakkan juga anak-anak membantu bersama. Ahli keluarga berusaha menjadi pemimpin dalam masyarakat mampu mengubah masyarakat di sekeliling mereka.
Semoga tip-tip tersebut dapat menjadi pedoman dan membentuk kita
menjadi lebih peka tentang tanggunjawab masing-masing. Wallah hu A’lam.
panduan percuma
Tiada ulasan:
Catat Ulasan